suria

Syada masih tegur dan peluk Shila Amzah, jawab dakwaan gaduh dengan kakak... “Saya sentiasa perang dingin adik-beradik”

Syada buka mulut isu dingin dengan penyanyi Shila Amzah.

PENYANYI Syada Amzah tampil menjelaskan khabar angin yang mendakwa dia sedang bermasam muka dengan kakaknya iaitu Shila Amzah.

Menyangkal dakwaan berkenaan, Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, berkata perselisihan faham di antara adik-beradik merupakan perkara biasa.

Namun perkara itu tidaklah berlarutan dan mereka masih bertegur sapa apabila bertemu.

"Cakap pasal dingin, saya memang sentiasa perang dingin dengan semua adik-beradik saya. Saya rasa kita manusia biasa dan jadi normal saja.

Syada

Syada tampil perjelaskan keadaan sebenar.

"Saya ada terserempak dengan dia dekat Night of Fright, elok saja boleh bertegur sapa dan peluk. Tak tarik rambut, jangan risau! Risau fasal keluarga sendiri dulu okay," katanya menerusi Instastory.

Mengulas mengenai tindakannya hanya memuat naik tanda pagar #TeamSyahir sahaja tanpa nama Shila untuk program Famili Duo 3, Syada berkata tujuannya kerana ingin memberikan sokongan kepada abangnya itu.

Ini kerana Syahir baru pertama kali menyertai pertandingan nyanyian dan masih belum memiliki peminat sendiri berlainan dengan kakaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah dakwa tiada akses berhubung dengan bapa, terima hakikat ND Lala ‘pergi’ sekali lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah jawab hubungan dengan ND Lala, pilih adik lelaki sebagai pasangan duet dalam Famili Duo 3

"Saya tak nak korang salah faham dengan apa yang saya kongsikan semalam (Jumaat). Dalam video itu saya ada cakap kakak (Shila) lagi hebat, Syahir lagi hebat.

"Jadi saya bagi semangat kepada abang saya sebab dia baru pertama kali menyertai pertandingan tanpa melibatkan ahli kumpulannya. Kakak saya sudah ada penyokong dia sendiri," jelasnya.

Tambah Syada, khabar angin mereka berperang dingin itu sama sekali tidak wujud kerana dia tetap menyokong kedua-duanya di dalam pertandingan tersebut.

Shilal

Shila bersama Syada dan Syahir.

"Sebagai adik saya hanya menunjukkan sokongan kepadanya dan saya tulis sokongan seperti The Amzahs.

"Jika kami tidak okay saya tidak akan mengatakan The Amzahs. Jadi saya sangat berharap itu jelas," ujarnya.

Sebelum ini, khabar angin Shila dan Syada saling bermasam muka menjadi buah mulut ramai apabila dua beradik itu saling tidak mengikuti akuan Instagram masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain