suria

“Dah 48 tahun tapi masih steady”… Persembahan bertenaga Ning Baizura dipuji, peminat terkejut sangka artis luar negara

Ning anggap persembahannya Konsert Borneo Sonic sangat berbaloi.

KONSERT Borneo Sonic Music Festival 2023 yang berlangsung pada malam Jumaat meninggalkan memori cukup indah buat penonton kerana dapat menyaksikan persembahan barisan artis terkenal.

Lebih menggamatkan suasana apabila penyanyi Ning Baizura muncul dengan persembahan bertenaga pada konsert yang diadakan di Stadium Kuching Sarawak itu.

Rakaman video Ning menyanyi dan menari di atas pentas tular di laman sosial dan dipuji kerana memberikan persembahan luar biasa meskipun usianya sudah mencecah 48 tahun.

NInggg

Persembahan Ning pukau penonton Konsert Borneo Sonic.

Tidak hanya itu, penampilan ranggi Ning mengenakan seluar koyak, baju berjaring dan kasut but turut menjadi bualan ramai.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen kagum dan terkejut dengan persembahan bertenaga yang ditunjukkan Ning itu.

Malah ada juga yang berseloroh tentang penampilannya dilihat seperti artis luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukannya masa bulan Ramadan” - Ning Baizura dah lali isu pakaian seksi, dulu mungkin menangis kena maki

ARTIKEL BERKAITAN: Ning Baizura tak pernah ada FB, sudah setahun berdiam pihak ambil kesempatan kongsi gambar bogel guna namanya!

"Terperanjat aku! Ingatkan Demi Lovato ke Doja Cat ke yang singgah Kuching tadi.

She’s back. Walau dah 48 tahun masih steady.

"Fuhh, Kak Ning lincah dan bertenang. Cuma pakaian dia macam ahli gusti sikit.

"Suka Kak Ning yang dulu tapi sekarang macam makin pelik, kena kejutan budaya ke ini?” antara komen netizen.

Ning

Peminat puji persembahan Ning.

Sementara itu, Ning menerusi Instagram meluahkan rasa gembira kerana dapat menghiburkan peminat pada malam itu.

"Detik seperti ini menjadikan semuanya berbaloi! Terima kasih atas kasih sayang," kongsinya.

Selain Ning, konsert yang berlangsung selama dua hari satu malam itu turut menampilkan fatman Scoop, Andi Bernadee, Majin, Taeyang, Dolla, Suho dan ramai lagi.

Sebelum ini menerusi sebuah temu bual bersama mStar Ning memaklumkan dirinya tidak terkesan dengan kecaman hebat netizen terhadapnya penampilan seksinya.

Katanya pengalaman lebih 30 tahun daam industri seni membuatkan dia lali dengan kecaman dan lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain