HAMPIR enam bulan kembali bergelar suami, pelakon Badrul Muhayat memberitahu kehidupannya kini berubah selepas mendirikan rumah tangga dengan Norhayati Zulkaply. Menurut Badrul atau Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, salah satu perubahan ketara ialah berat badannya naik selepas berkahwin dengan Norhayati, 50. “Saya dulu selalu sibuk dan badan pun agak kurus. Bila ada isteri ini kehidupan berubah. Makan terjaga, baju ada orang gosokkan... itu sebab berat badan saya naik sedikit. “Saya pun dah ada kawan. Dulu saya duduk rumah seorang diri, adik setiap minggu datang ke rumah untuk lihat sama ada saya okay atau tidak. Badrul dan Norhayati nikah April lalu. “Mak pun telefon setiap hari tanya khabar... anak-anak pula tinggal jauh daripada saya. “Jadi apabila sudah beristeri, saya boleh bercinta, bergaduh, berkasih-sayang dengan dia... kiranya isteri adalah kawan paling rapat saya sekarang,” katanya kepada mStar. Badrul berkongsi mengenai kehidupan baharunya itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Cerana Biduk Bu Merah yang diadakan di TGV Aeon AU 2 Keramat, Kuala Lumpur pada malam Jumaat. Berkongsi detik pertemuan dengan isteri, Badrol berkata perkenalan singkat itu bermula hanya kerana kopi. ARTIKEL BERKAITAN: Empat bulan berkenalan, Badrul Muhayat akhirnya disatukan dengan graduan England... Tarikh nikah sempena ulang tahun kelahiran ARTIKEL BERKAITAN: Usia 55 tahun Badrul Muhayat masih jadi rebutan, ada rahsia kekal muda dan bertenaga... segan dipanggil hero kacak! Malah, pelakon drama Meh Sandar Pada Aku ini juga tidak menunggu lama untuk melamar Norhayati bagi mendirikan rumah tangga. “Sebenarnya saya kenal isteri saya ni bermula kerana kopi... jiran saya cadangkan satu kopi ini dan saya suka. “Saya beli kopi itu dan dia (isteri) salah seorang pengedar kopi. Daripada situ kami berkawan dan membuat keputusan untuk berkahwin. “Dalam masa sebulan kami sudah buat keputusan untuk bernikah. Semua ini kuasa Allah. Kadang-kadang berkawan tiga, empat tahun pun belum tentu kahwin,” ujarnya. Kita pun dah berumur... mungkin buat secara kecil-kecilan sahaja. BADUL MUHAYAT PELAKON Ditanya mengenai perancangan untuk mengadakan majlis resepsi, Badrul berkata dia dan isteri merancang untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan pada Disember ini. “Majlis resepsi insyaAllah kita akan buat hujung tahun ini. Saya ni sibuk dengan komitmen kerja. Selain shooting, saya ada banyak program dan event yang perlu dihadiri. “Sepatutnya kami nak buat majlis pada September lalu tetapi ditunda pula bulan Oktober... insyaAllah dalam masa terdekat ini mungkin Disember nanti. “Kita pun dah berumur... mungkin buat secara kecil-kecilan sahaja,” katanya. Badrul maklum sibuk kerja punca majlis bersanding ditunda. Pada 18 April lalu, Badrul mendirikan rumah tangga dengan Norhayati. Tarikh pernikahan itu dipilih sempena memperingati ulang tahun kelahirannya. Enggan berkongsi lebih terperinci mengenai wanita pilihannya itu, Badrul memaklumkan isterinya merupakan bekas graduan Universiti Liverpool, England. Untuk rekod, Badrul pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun berakhir dengan penceraian. Hasil perkahwinan itu, dia memiliki dua orang cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun yang kini menetap bersama bekas isteri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!