PENYANYI Zul Hadi meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami kecederaan parah selepas terlibat kemalangan langgar lari di Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis lalu. Berkongsi momen mencemaskan itu, Hadi atau Zulhadi Mad Rakman, 21, berkata semasa kejadian dia menunggang motosikal sendiri dan dilanggar oleh sebuah kenderaan dari arah belakang. "Alhamdulillah saya okay, ketika itu hujan lebat... kereta yang langgar saya memang bawa laju tapi saya bawa perlahan saja. Hadi syukur hanya alami cedera ringan. "Masa itu saya nak memotong kereta lain tapi secara tiba-tiba kereta di belakang saya pandu dengan laju sehingga terlanggar bahagian kanan motosikal saya. “Gara-gara pelanggaran itu, saya pun terjatuh dekat situ," katanya ketika dihubungi mStar. Cerita Hadi lagi, pemilik kereta tersebut hanya meneruskan perjalanan, manakala dia dibantu oleh seorang pemandu lori yang kebetulan berada di lokasi kejadian. ARTIKEL BERKAITAN: Zulhadi hilangkan diri kerana masalah kewangan dan keluarga, tertekan sampai tak mahu jawab panggilan telefon ARTIKEL BERKAITAN: Pernah tular suara mirip penyanyi Indonesia, Zul Hadi muncul dengan ‘Bidadariku’... sedia tempuh kehidupan sebagai selebriti Sementara itu, Hadi berkata dia masih belum membuat laporan polis kerana tidak dapat mengesan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan. "Saya tak buat laporan polis sebab saya tak nampak nombor pendaftaran kereta itu. Lagi pun saya tidaklah cedera parah," kongsinya. Meskipun hanya mengalami kecederaan ringan, Hadi mengakui sedih kerana motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki mengalami kerosakan teruk. Justeru itu, dia terpaksa meminjam motosikal rakannya buat sementara waktu. Hadi terpaksa pinjam motor rakan buat sementara waktu. "Motosikal saya rosak sebab bahagian belah kiri dia boleh berpusing sehingga habis. Mungkin ada yang patah saya tak tahu. "Jadi motosikal saya senget sikit... motosikal itu la saya guna untuk cari rezeki macam buat Grab, Lalamove dan sebagainya. "Sekarang ini saya pinjam motosikal kawan buat sementara waktu. Tapi tak boleh nak pinjam selalu sebab takut dia nak guna dan ganggu pula," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!