suria

Atlet kacak Sharul Aimy tak tolak peluang berlakon, pasang impian jadi jurulatih gimnastik

Sharul cari dana bagi membantunya ke sukan Olimpik.

ATLET gimnastik artistik negara, Sharul Aimy tidak menolak sekiranya diberikan peluang memasuki dunia seni terutamanya dalam bidang lakonan.

Menurut Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam, 22, dia sebelum ini pernah mencabar diri dengan menerima tawaran berlakon dalam sebuah drama.

Dia bagaimanapun mengakui agak sukar untuk meneruskan karier seni kerana ia memerlukan pengorbanan masa yang panjang.

WhatsApp Image 2023-10-06 at 22.20.03

Sharul tak menolak sekiranya ada rezeki dalam lakonan.

"Saya tak tahu tapi mungkin boleh cuba... saya pernah berlakon menjadi cameo di dalam sebuah drama adaptasi Korea.

"Tapi itu pun susah bagi saya sebab bukan senang walaupun babak saya sedikit tapi ia mengambil masa dua hari," katanya kepada mStar.

Sharul berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis makan malam bersama Sharul Aimy yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terpikat tengok ketampanan atlet gimnastik, Sharul Aimy makin popular selepas viral di Sukan SEA

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Daniesh Suffian rupanya atlet sukan gusti lengan, wakil negara di pertandingan dunia September depan

Sementara itu, Sharul berkata dia bersedia menerima tawaran lakonan yang hanya memerlukan dia berada di set penggambaran selepas waktu latihan.

"Tak ada beri kesan kepada saya kerana dah banyak kali saya ikuti pergi penggambaran dan ia tidak menganggu latihan saya.

"Setiap penggambaran saya akan ambil waktu malam ataupun hujung minggu," ujarnya.

Saya sanggup pakai duit sendiri untuk pergi ke sana.

SHARUL AIMY

ATLET GIMNASTIK

Dalam pada itu, pemenang pingat gangsa acara melombol di Sukan Asia Hangzhou 2023 ini memberitahu dia menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang jurulatih gimnastik suatu hari nanti.

Menurutnya impian itu telah lama disimpan sejak kecil lagi.

"Tapi fokus saya mungkin jadi jurulatih untuk pelapis akan datang sebab itu saya punya impian untuk bawa mereka ke arah lebih tinggi," ujarnya.

WhatsApp Image 2023-10-06 at 22.20.05 (1)

Sharul perlukan dana untuk ke Olimpik.

Dalam perkembangan lain, Sharul memaklumkan dirinya kini sedang bergiat aktif untuk mencari dana bagi meneruskan usahanya membawa nama negara ke sukan Olimpik.

Katanya dia memerlukan sebanyak RM300,000 untuk melayakan diri ke acara yang diimpikan selama ini.

"Saya sanggup pakai duit sendiri untuk pergi ke sana walaupun saya tak berjaya tapi paling penting saya dah cuba.

"Buat masa ini saya masih mencari dana dan saya berharap ramai orang sudi bekerjasama dengan saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain