PENYANYI Shila Amzah mengakui dia lebih gemar jika dirinya dipanggil dengan nama sebenarnya iaitu Shahila. Dedah Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, dia sebenarnya tidak menyukai sekiranya terdapat mana-mana individu memanggilnya dengan nama Shila. "Saya tidak pernah suka orang panggil saya Shila. Saya memang tidak suka. Shila ketika siaran langsung pada Rabu. "Saya suka nama sebenar saya, Shahila. Saya sepatutnya menggunakannya (nama Shahila)," katanya pada Rabu. Shila meluahkan perkara itu dalam satu siaran langsung di laman Instagram pada Rabu. Penyanyi lagu Patah Seribu itu juga menjelaskan yang dia lebih selesa dengan gelaran yang diberikan terhadap dirinya iaitu Sha. "Saya gelar diri saya Sha. Saya suka dipanggil Sha. ARTIKEL BERKAITAN: Lama berdiam, Shila Amzah ‘meletup’ sebab dah penat pendam perasaan... Kecewa adik lelaki reka cerita dongeng isu jual rumah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adik lelaki Shila Amzah pula buat pendedahan, dakwa kakak jual rumah kerana duit... “Tak perlu back up, dia fake” "Kenapa saya suka Sha sebab saya letak nama Sha tu untuk saya sendiri. Saya yang pilih nama itu," ujarnya. Dalam masa sama, Shila mengakui kemesraan yang ditunjukkan oleh keluarganya hanya untuk tatapan di media sosial sahaja. Malah, dia tidak pernah berasakan kemesraan yang dipamerkan itu ikhlas daripada hati mereka. "Orang selalu ingat yang keluarga saya ini sering bersama. Itu hanya di media sosial... saya tidak pernah rasa benda ini semua ikhlas pun," katanya. Shila lebih selesa bersama keluarga suaminya. Sementara itu, Shila mendedahkan dirinya lebih selesa bersama keluarga suaminya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25. Merasai kasih sayang diberikan, Shila berkata dia terkesan pemergian ibu mentuanya pada 30 Julai lalu. "Sebab itu saya terkesan bila arwah mak Ubai meninggal... kalau mak Ubai ada, mesti dia akan nasihat Sha," ujarnya. Untuk rekod, Shila dan Ubai sah bergelar suami isteri pada 5 Ogos lalu di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.