suria

Mahu tampil produksi lebih mantap, teater bangsawan Dang Anum ditunda

Teater Bangsawan Dang Anum menampilkan barisan pelakon Adam Shahz, Ammar Titan dan Ain Sufia.

TEATER Bangsawan Dang Anum yang sepatutnya dipentaskan pada 14 dan 15 Oktober ini terpaksa ditundakan ke satu tarikh dan lokasi yang akan diumumkan kelak.

Pengarah teater tersebut, Amirul Haswendy Ashari berkata, perubahan itu terpaksa dilakukan pada saat akhir disebabkan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.

Amirul turut memohon maaf kepada penonton yang sudah membeli tiket susulan penundaan tersebut.

"Persatuan Seni & Budaya Redholah (The Redholah) ingin memohon maaf dan dengan berat hati terpaksa mengumumkan penangguhan pementasan ini.

teater1 - 1

Penonton diberi pilihan sama ada mahu terus menonton atau memilih pemulangan wang.

"Saya berharap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada persatuan kecil kami yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam merancakkan bidang seni dan budaya tempatan," katanya.

Dang Anum sepatutnya dipentaskan di Auditorium Bahagian Sumber Teknologi Pendirikan KPM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Amirul berkata, pihaknya akan memikul tanggungjawab penuh atas penangguhan itu selain dalam proses memaklumkan kepada semua pembeli tiket.

Amirul berkata, pembeli tiket akan diberi pilihan sama ada untuk terus menonton persembahan tarikh baharu tanpa caj tambahan atau pemulangan semula wang dalam tempoh 14 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun cipta nama sebagai pelakon, model Danial Dashuki menang trofi pelakon lelaki terbaik teater tradisional

ARTIKEL BERKAITAN: "Ini merupakan hari bersejarah dalam karier saya" - Shiha Zikir teruja beraksi buat pertama kali dalam teater muzikal Jula Juli Bintang 7

"Kami melihat perubahan ini akan memberi ruang masa lebih tenang kepada tenaga produksi untuk memperkemaskan lagi skrip, latihan, set dan prop selain mencari lokasi lebih sesuai.

"Selain itu, ia juga bagi memastikan pementasan teater ini berjalan lebih lancar dan memberi kepuasan tontonan sewajarnya," ujarnya.

Pementasan Dang Anum menampilkan Ain Sufia, Azizul Ammar, Along Eyzendy dan Adam Shahz.

Ia turut dijayakan pelakon teater berpengalaman seperti Md. Hussin Azhar Jalil, Lizart Rashid, Shareezwan, Myza Alid, Eyza Shariff dan Affan Mohd.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain