suria

[V] Aprena Manrose pernah terfikir buka tudung, pengaruh media sosial buat hati berbolak-balik... Doa suami kuatkan iman

Hati Aprena pernah berbolak-balik untuk kembali kepada imej lama.

SEJAK menutup aurat dua tahun lalu, pelakon Aprena Manrose memberitahu hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali kepada imej lama.

Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, berkata, salah satu punca imannya turun naik adalah disebabkan pengaruh media sosial.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur Allah menetapkan imannya yang turun naik selain mendapat sokongan dan doa daripada suami serta keluarga agar terus istiqamah.

"Pernah ada rasa berbolak-balik hati itu (membuka tudung). Tapi doa keluarga, suami yang membuatkan saya kuat.

Aprena 1

Aprena ketika ditemui mStar.

"Saya nak cakap lebih pun tidak berani sebab ini isu yang sensitif.

"Kalau tiba-tiba nampak saya tidak bertudung itu, maksudnya tidak bertudunglah... Kalau masih berhijab, Alhamdulillah masih kuat lagi," katanya kepada mStar.

Aprena berkongsi perkara itu ketika ditemui di Pelancaran Millefleur x Wanna Ali di Royale Chulan, Damansara pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Aprena Manrose sabar menunggu rezeki zuriat, sudah bersedia timang anak... “Saya dah buat macam-macam”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji Aprena Manrose tampil berniqab, mohon doa agar kekal istiqamah

Ditanya mengenai perkembangan semasa saudaranya, Nelydia Senrose yang didakwa sudah tidak lagi bertudung, Aprena bagaimanapun tidak mahu memberikan ulasan lanjut berkenaan perkara itu.

Pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu akan memberikan sokongan walau apa sahaja keputusan yang diambil oleh Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu.

Doa keluarga, suami yang membuatkan saya kuat.

APRENA MANROSE

PELAKON

"Tiada sebarang komen. kita tidak mahu menjaga tepi kain orang.

"Saya sokong apa sahaja dia punya keputusan. Itu hak masing-masing. Kita sebagai keluarga, doakan sahaja," ujarnya.

Dalam masa sama, Aprena turut menjelaskan dakwaan yang menyatakan Nelydia kembali tidak bertudung disebabkan menurut gambar profil di Instagram.

Aprena 2

Suami sering memberikan sokongan kepada Aprena untuk bertudung.

Jelasnya, gambar tersebut merupakan gambar lama yang tidak pernah ditukar oleh pelakon berumur 29 tahun itu.

"Saya terkejut juga. Ini tiba-tiba sahaja. Nelydia tidak pernah tukar gambar profil dia pun sebelum ini," katanya.

Sebelum ini, Nelydia kembali tidak bertudung apabila menyiarkan gambar profil di Instagram menampakkan rambutnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain