PELAKON dan pengarah filem Sabri Yunus mendedahkan isterinya iaitu Ardini Angeline Tan seorang yang tidak berpegang kepada mana-mana kepercayaan sebelum mendapat petunjuk Allah untuk memeluk Islam pada 26 September lalu. Sabri atau Mohd Sabri Yunus, 62, berkata, Angeline sebelum ini seorang yang keras hati dalam mempercayai sesuatu agama disebabkan pernah melalui pengalaman sukar sebelum ini. "Angeline adalah seorang yang berhati keras dan dia hampir menolak semua ritual agama. Pengalaman hidup yang dilalui sebelum ini membuatkan dia tidak percaya agama. Angeline memberitahu Sabri banyak memberi didikan tentang Islam. "Saya gunakan pendekatakan berbeza untuk kenalkan Islam kepadanya. Saya perkenalkan keindahan Islam dan kemudian konsep ketuhanan. "Tidak susah untuk buat dia faham sebab dia tidak berpegang teguh pada mana-mana agama, jadi dia boleh menerima baik tentang ajaran Islam," katanya. Sabri berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu stesen radio Gegar pada pagi Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Persahabatan tukar jadi cinta, Angeline Tan terbuka peluk Islam selepas dapat bimbingan suami - “Dia guru pertama saya” ARTIKEL BERKAITAN: Ceramah Dr Maza cara Angeline Tan dalami Islam, Sabri Yunus pilih nama Ardini dalam tempoh 2 minit - “Maksudnya isteri yang menyayangi” Pasangan tersebut turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi ringkas selepas temu bual diadakan. Dalam pada itu, Sabri memberitahu dia juga perlu menunjukkan bukti serta contoh kehidupan seharian agar isterinya lebih mudah mendalami konsep sebenar amalan hidup seorang Muslim. "Saya dedahkan dengan dalil dan bukti supaya dia boleh terima dengan mudah," ujarnya. Tidak susah untuk buat dia faham sebab dia tidak berpegang teguh pada mana-mana agama, jadi dia boleh menerima baik tentang ajaran Islam SABRI YUNUS PELAKON/PENGARAH Sementara itu, menerusi temu bual sama, Angeline turut mengalirkan air mata mengimbau kembali detik pernikahan mereka pada Sabtu lalu. Diterima baik oleh anak-anak Sabri hasil perkahwinannya terdahulu adalah detik paling bermakna buat aktres itu selepas bergelar isteri. "Sebelum ini mereka anak-anak kepada kawan saya tetapi sekarang saya anggap mereka seperti anak-anak sendiri. Saya peluk mereka dan ucapkan terima kasih. Anak-anak Sabri menerima baik kehadiran Angeline. "Sekarang kami adalah satu keluarga dan saya sedia berkongsi apa sahaja untuk mereka," jelasnya. Sabri dan Angeline dinikahkah oleh Mufti Perlis iaitu Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu majlis ringkas pada Sabtu lalu di Perlis. Untuk rekod, Sabri Yunus pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya matanya. Norraya bagaimanapun meninggal dunia akibat kanser pada Ogos 2007. Sementara itu, Angeline pula mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Pasangan ini mencipta populariti pada tahun 1980-an kerana turut digandingkan dalam drama bersiri siaran TV3 iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitkom komedi itu, Sabri memegang watak Wan Ismail Golok sementara Angeline Tan pula berperanan sebagai Lucy. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!