suria

Peminat ragui keaslian lesung pipit, Tom mengaku bukan ‘original’ tapi kesan tindik

Tom tidak malu berkongsi kisah lama.

PENYANYI Tom secara terbuka mengakui bentuk lesung pipit pada wajahnya bukanlah semula jadi.

Sebaliknya kata Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, ia adalah kesan melakukan tindik pada bahagian pipi sebelum ini meskipun ia telah ditanggalkan.

Tom berkata, dia juga tidak berasa malu mengakui perkara tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada zaman nakalnya ketika muda.

tom 1

Tom menunjukkan bahagian mula yang pernah ditindik.

"Memang fake pun, buka semula jadi. Dulu saya suka bertindik, ketika zaman-zaman 'jahiliah'. Salah satunya di sini (pipi).

“Saya tak malu nak mengaku memang fake pun.

"Apabila pakai tindik terlalu lama ia akan membuatkan tisu rosak dan jadi lesung pipit seperti ini. Ia akan kekal sampai bila-bila," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doa Tom akhirnya termakbul, bakal timang anak perempuan untuk cahaya mata terakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang beberapa hari, Tom kongsi pengalaman disorok bunian... “Pintu rumah daripada daun, bumbung bentuk segi tiga”

Tom menjelaskan perkara tersebut meneruis beberapa video yang dimuat naik di Insta Story miliknya pada Selasa.

Dia juga turut memberitahu mukanya sebelum ini penuh kesan tindik termasuk di bahagian hujung kening.

Menurut Tom kesan pada pipi itu menyebabkan lesung pipitnya akan sentiasa kelihatan meskipun bukan dalam keadaan tersenyum.

Apabila pakai tindik terlalu lama ia akan membuatkan tisu rosak dan jadi lesung pipit seperti ini. Ia akan kekal sampai bila-bila

TOM

PENYANYI

“Senyum atau tidak memang akan nampak. Kalau semula jadi, lesung pipit tidak akan nampak sekiranya tidak senyum,” ujarnya.

Peserta program Famili Duo musim ketiga (FD3) memberitahu dia menjawab perkara tersebut selepas ramai yang bertanya tentangnya.

Selain kelihatan manis memiliki lesung pipit, ramai juga mula meragui bentuk wajahnya itu kerana jelas kelihatan seperti tidak normal.

tom 2

Lesung pipit Tom menjadi bualan.

“Ramai sangat yang bertanya. Ada yang kata cantik, ada yang nak tahu fake atau tidak.

“Saya dah jawab ini, jangan gaduh-gaduh ye,” jelasnya.

Tom bersama suaminya iaitu penyanyi Fuad Rahman juga merupakan salah satu pasangan yang bertanding di pentas FD3 kali ini.

Selain mereka, pasangan dua lain yang turut bersaing adalah Shila Amzah dan Syahir Amzah (adik-beradik), Ryan dan Adam Bakery (adik-beradik), Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi (adik-beradik) serta Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik).

Famili Duo 3 bersiaran setiap hari Ahad, 9 malam di TV3 dan Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain