suria

“Mereka bukanlah bagus sangat...” - Mas Idayu puji Syaiful dan Sharif, ada usaha walau huru-hara

Mas puji usaha Syaiful dan Sharif di pentas FD3.

JURI tetap program Famili Duo 2023, Mas Idayu meluahkan rasa teruja melihat persembahan minggu pertama duo adik-beradik kumpulan Zero iaitu Syaiful dan Sharif.

Menurut Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, peserta lain yang bergelar penyanyi harus berasa gentar dengan kreativiti yang dihasilkan oleh pelawak yang menyertai program berkenaan.

"Kita sekarang ini ada dua pasangan pelawak, mungkin kita fikir mereka tidak boleh lawan vokal penyanyi hebat tapi dalam program ini penyanyi yang perlu takut.

“Apabila dilihat kesungguhan juara mingguan, yang lain perlu berjaga-jaga walaupun di atas pentas mereka kata takut dengan penyanyi lain.

photo_2023-10-16_09-47-14

Juri tetap FD3 puji usaha Syaiful dan Sharif.

"Penyanyi lain boleh ke buat macam pelawak-pelawak itu, buat persembahan penuh kreativiti dan faham apa yang juri nak. Saya harap semua peserta memahami konsep program ini," katanya kepada mStar.

Mas berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu pertama Famili Duo musim ketiga (FD3) yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Mengulas mengenai kemenangan pasangan ini menjadi juara mingguan, Mas mengakui nyanyian mereka tidaklah sebagus yang dibayangkan, namun usaha ditunjukkan membuatkan mereka layak memperoleh kemenangan itu.

"Syaiful dan Sharif menyanyi bukannya bagus sangat tapi... saya nampak dia kerja keras. Dia nak masuk dalam dunia (nyanyian) kita, jadi dia berkerja keras.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu terlalu garang, Mas Idayu cuba berlembut elak gores hati peserta ‘Famili Duo 3’... “Tapi saya nampak macam orang lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Isyarat hilang punca mikrofon Shila dan Syahir tak berfungsi, produksi Famili Duo 3 mohon maaf

"Mereka berusaha menyanyi termasuklah soal pakaian walaupun huru-hara,"ujarnya.

Dalam pada itu, Mas berkata dia teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan dua beradik ini pada konsert minggu depan.

Malah Mas memuji Sharif dan Syaiful kerana dilihat seakan-akan mencabar diri memilih tema cinta yang mungkin menjadi cabaran buat mereka.

"Untuk minggu depan mereka pilih lagu cinta... kita nak tengok segala-galanya dari atas sampai bawah.

Bagi saya kelebihan program ini pada mereka yang mencipta konten.

AJAI

PENYANYI

"Sama ada mereka bawa karakter ataupun macam mana... itu yang saya berkobar-kobar pada minggu depan," luahnya.

Sementara itu, seorang lagi juri iaitu Ajai atau Mohd Faizal Maas, 48, turut berkongsi pendapat sama dengan Mas Idayu.

Katanya, matlamat program ini tercapai apabila terdapat peserta yang mempunyai kreativiti dalam persembahan.

"Pendapat saya juga hampir sama, bagi saya peserta yang mempunyai kerjaya sebagai penyanyi perlu ada sedikit usaha sebab mereka ini belum nampak konten yang bakal dipersembahkan nanti.

358252185_986391495777964_1255785892262674102_n

Ajai dan Mas Idayu anggap FD 3 beri kelebihan kepada pencipta konten.

"Bagi saya kelebihan program ini pada mereka yang mencipta konten. Ini kerana ada antara mereka miliki YouTube atau TikTok, jadi mereka ada idea dan nampak matlamat program ini iaitu kreativiti dalam persembahan," ujarnya.

Pada persembahan minggu pertama, Sharif dan Syaiful muncul sebagai juara mingguan dengan markah sebanyak 55.4 peratus.

Kejayaan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Sementara itu, Shila dan adiknya iaitu Syahir berjaya mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 49.1 peratus.

Tempat ketiga pula milik Ryan dan Adam Bakery dengan 42.2 peratus, Tom dan Fuad (41.3), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (37.8) serta Adira dan Emma Suhaimi (36.2).

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain