suria

Putus cinta tak dapat restu keluarga, luahan sedih Namira buka hati penerbit

Namira membuat percubaan pertama dengan single berjudul Bulan.

KECEWA dan patah hati disebabkan putus cinta dua tahun lalu membuatkan penyanyi baharu, Namira mendapat ilham untuk mencipta lagu berjudul Bulan.

Namira atau Amira Aman, 30, berkata, hubungan yang terputus di tengah jalan disebabkan tidak mendapat restu keluarga itu membuatkan dirinya mendapat inspirasi untuk menulis single tersebut.

"Saya tidak pernah terfikir pun nak hasilkan lagu (ketika itu). Saya saja-saja main gitar, rakam muzik macam biasa dan tiba-tiba terhasilnya verse yang pertama. Kemudian saya teruskan sambung sampai habis.

Snapinsta.app_280646529_3104189196460291_3261223411137711116_n_1080

Lagu itu dicipta disebabkan Namira putus cinta.

"Selepas dua tahun kemudian, di sinilah lagu ini terhasil. Lagu itu sebenarnya memang khas untuk hati yang remuk disebabkan putus cinta," katanya kepada mStar pada Isnin.

Berkat kesabaran yang tinggi, kini lagu Bulan menjadi runut bunyi atau OST bagi filem Pagari Bulan arahan Raja Mukhriz yang telah ditayangkan di seluruh pawagam bermula 5 Oktober lalu.

Amira berkata, dia tidak menyangka lagu ciptaannya itu telah menjadi pilihan Raja Mukhriz untuk dijadikan OST filem arahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai peminat dari Sepanyol, inspirasi Dolla tampil single ‘Damelo’

ARTIKEL BERKAITAN: Lancar lagu buat mereka yang terluka, single terbaharu Tiara Andini dapat sentuhan Andmesh Kamaleng

“Sewaktu pihak Saudagar Seni memperdengarkan demo lagu tersebut kepada Sharifah Shahora selaku penerbit filem. Dia sangat berminat lalu meminta lagu tersebut dikongsi kepada Raja Mukhriz.

"Raja Mukhriz kata lagu itu sesuai dengan jalan cerita tersebut. Dia juga kata lagu itu ada roh dan bila diputarkan berulang kali seakan-akan sebak menyelubungi hati.

"Alhamdulillah, lagu tersebut berjaya menyentuh hati orang yang mendengarnya," ujarnya.

Snapinsta.app_281626988_2210867215737229_5556065412919577820_n_1080

Namira harap singlenya itu diterima ramai.

Dalam masa sama, Namira juga berharap supaya karyanya itu diterima dan dihargai oleh banyak pihak.

Dia juga berhasrat dapat menembusi pasaran industri muzik dan seterusnya bersaing dengan nama-nama besar industri.

"Saya harap karya saya ini dapat diterima orang ramai dan harapan saya untuk masuk dalam industri tercapai," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain