suria

Trending setiap minggu, 6.11 juta tonton All Stars Gegar Vaganza

Siaran ASGV pada setiap Ahad sering dinantikan penonton.

PROGRAM realiti nyanyian All Stars Gegar Vaganza (ASGV) siaran Astro Ria merupakan sebuah rancangan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia apabila ditonton seramai 6.11 juta.

Jumlah itu berdasarkan kepada ukuran dibuat Kantar DTAM.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu Raqim Ahmad berkata, program berkenaan juga kekal menjadi bualan hangat peminat atau disebut trending apabila tanda pagar atau hashtag #GegarVaganza mengungguli aplikasi X setiap minggu.

asgv 3

Persembahan pentas ASGV turut menjadi bualan di media sosial.

Malah, bagi siaran langsung minggu keempat iaitu yang berlangsung pada Ahad, ASGV bertemakan duet berjaya menunjukkan respons yang sangat menggalakkan dalam kalangan penonton.

"Kami melihat peningkatan dari segi tontonan ASGV pada setiap minggu.

"Terutama pada minggu duet, sambutan yang diterima dalam kalangan peminat dan juga penonton sangat menggalakan. Selain itu, maklum balas di media sosial juga positif, menjadikan ASGV trending setiap kali bersiaran," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: World class performance! Gandingan Liza Aziz dan Noryn Aziz dapat pujian, satu auditorium berdiri beri penghormatan

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan tak berjaya pikat hati juri, Siti Nordiana minta maaf kepada peminat

Tambahnya, kemunculan penyanyi hebat tanah air pada malam berkenaan juga dilihat antara faktor program ini terus diminati ramai.

Selain itu, pihak Astro turut menerima banyak komen positif setiap kali ASGV bersiaran sejak 24 September lalu.

Menghargai setiap sokongan, Raqim turut menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan penonton terhadap rancangan yang telah bersiaran selama 10 musim itu.

asgv 4

Kemunculan Liza Aziz duet bersama Noryn menjadi tumpuan di minggu keempat ASGV.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton kerana menjadikan ASGV sebagai rancangan pilihan nombor satu rakyat Malaysia," ujarnya.

ASGV menampilkan 16 peserta di mana 10 daripadanya adalah juara Gegar Vaganza musim pertama hingga kesembilan.

Sementara itu enam peserta hot seat pula dipilih berdasarkan undian peminat.

Rancangan tersebut dijayakan dengan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang bersiaran pukul 9 malam setiap Ahad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain