suria

Ed Sheeran pilih Malaysia, konsert ’+ - = ÷ x (The Mathematics Tour)’ 24 Februari tahun depan

Ed Sheeran ubati rindu peminat Malaysia pada 24 Februari 2024.

KHABAR gembira buat peminat Ed Sheeran apabila penyanyi popular itu menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu lokasi pilihannya untuk mengadakan konsert jelajah + - = ÷ x (The Mathematics Tour).

Ed dijangka bakal mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari tahun depan.

Tidak tampil seorang diri, Ed turut membawa penyanyi Calum Scott sebagai penyanyi undangan bagi menghiburkan penonton di negara ini.

edddd

Sheeran bersama Calum bakal datang ke Malaysia.

Kali terakhir penyanyi lagu Perfect itu datang ke Malaysia pada 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.

"Penantian sejak 2019 sudah berakhir! Ed Sheeran akhirnya kembali ke Malaysia menerusi malam yang sempurna dan pasti tidak dapat dilupakan peminat," kata pihak penganjur PR Worldwide dalam satu kenyataan media kepada mStar.

Tiket bagi menyaksikan konsert itu akan mula dijual pada 27 Oktober ini bermula pukul 12 tengah hari di Go Live Asia.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah dapati ‘Thinking Out Loud’ tak ciplak lagu Marvin Gaye, Ed Sheeran tarik balik keputusan bersara

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran kemurungan dapat tahu isteri hidap tumor, tulis lagu sebagai terapi

Bagi pemegang kad UOB, mereka boleh membeli tiket pada 25 Oktober bermula pukul 10 pagi.

Bagaimanapun, harga tiket masih belum diumumkan secara rasmi.

Selain Kuala Lumpur, Sheeran juga akan mengadakan konsert jelajah di Jepun, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina dan India dari 27 Januari hingga 16 Mac 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain