ISTERI kepada pelawak dan penyampai radio Suria FM belum merancang atau berbincang untuk menimang cahaya mata sendiri bersama suami. Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 35, berkata, ketika ini fokusnya adalah menjaga dan membesarkan empat anak tirinya yang memerlukan perhatian seorang ibu. "Buat masa sekarang fokus saya menjaga anak-anak yang ada dulu. Untuk memiliki anak sendiri itu, (mungkin) kedepan-kedepan nanti. "Tapi kalau tanya kesediaan untuk ada anak itu, (hanya) anak sekarang ini la. Kami tidak pernah bincang. Watie mengutamakan untuk menjaga anak-anak yang ada. "Mereka (anak-anak Shuib) selalu minta. Tapi mereka ini bila saya jaga Ayash mereka cemburu, kata saya lebihkan Ayash. Macam mana kalau saya ada anak sendiri nanti," katanya kepada mStar. Watie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program realiti masakan Dapur Tempur Selebriti yang diadakan pada Rabu lalu. Sementara itu, Shuib juga sependapat dengan Watie iaitu mahu memberikan fokus sepenuhnya untuk membesarkan anak-anak dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki jadi isteri Shuib, Watie terima tawaran berlakon... “Awal-awal lagi suami tolak” ARTIKEL BERKAITAN: Watie gigih bersolek nak pergi memancing, Shuib memang suruh isteri berdandan Tambah Shuib, ketika ini dia memang tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memperoleh zuriat bersama Watie. "Setakat ini memang tiada perancangan. Kita nak fokus yang ada empat orang ini sebab yang sulung Uwais sudah berumur 12 tahun. Ini kena beri fokus yang lebih kerana 12 tahun ke hadapan ini adalah peringkat yang agak kritikal," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Shuib menyatakan kesediaan dan tidak sabar untuk beraksi bersama Watie dalam program Dapur Tempur yang bakal ditayangkan di TV9 bermula 18 November depan. Kesediaan saya buat masa sekarang menjaga anak-anak yang ada dulu. WATIE ISTERI SHUIB Jelasnya, dia amat gemar untuk menyertai program-program yang melibatkan dirinya dan juga pasangan. "Saya suka program ini. Saya memang minat program yang berkaitan dengan pasangan. Samalah dulu kalau saya bersama arwah, banyak program saya sertai dengan dia," ujarnya. Selain Shuib dan Watie, program itu turut disertai oleh ramai selebriti lain antaranya Bella dan ibunya Zarina Salleh, Didie Alias dan anak (Nur Diyana) serta Wany Kayrie dan ibunya (Mama Kay). Shuib dan Watie antara peserta dalam program Dapur Tempur. Pengurus Besar TV9, Khairunisa Kamarulzaman berkata, pemilihan barisan selebriti itu dilakukan kerana mereka percaya ramai ingin menyaksikan aksi mereka bersama ahli keluarga di dapur dan bertempur dengan pihak lawan melalui cabaran yang diberikan. "Kebanyakan daripada mereka diketengahkan buat kali pertama untuk program masakan khas di TV9. Kami berharap penonton TV9 akan terhibur dengan menonton Dapur Tempur Selebriti ini,” ujarnya. Dapur Tempur Selebriti akan bersiaran sebanyak empat episod bermula 18 November 2023, setiap hari Sabtu di TV9 dan Tonton. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!