PERSAHABATAN yang terjalin selama lebih 20 tahun membuatkan Noorkhiriah tidak dapat membayangkan sekiranya teman baiknya pelakon Ieda Moin meninggal dunia. Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Sapie, 45, berkata, dia sering memikirkan bagaimana kehidupan tanpa kehadiran seorang teman baik seperti Ieda. "Saya selalu membayangkan macam mana kalau dia (Ieda) meninggal dunia. Saya tidak tahu bagaimana kehidupan saya nanti. "Saya takut kalau salah seorang daripada kami meninggal dunia dulu," katanya kepada mStar. Khiriah menghargai persahabatan bersama Ieda. Khiriah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Gelak 90 Saat yang diadakan di Astro, Bukit Jalil pada Khamis. Dalam pada itu, Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 44, turut memberitahu dia dan Khiriah pernah membincangkan tentang isu kematian. Tambah Ieda, dia sangat menghargai kehadiran Khiriah sebagai seorang rakan dan mendedahkan pelakon Bedah Tong Gas itu merupakan antara individu yang banyak memberikan sokongan terhadapnya untuk berhijrah. ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah paling takut pujian, hanya minta doa urusan bantu urus jenazah percuma dipermudahkan ARTIKEL BERKAITAN: Artis membisu isu Palestin, Noorkhiriah minta bersangka baik - "Mungkin dalam sujud mereka mendoakan" "Masa kami muda dulu... Kami masing-masing pernah lalai. Saya boleh katakan Khiriah antara individu yang banyak memberi sokongan terhadap penghijrahan saya (menutup aurat). "Dia (Khiriah) juga orang pertama yang membelikan saya tudung saat saya mahu berhijrah," jelasnya. Saya tidak tahu bagaimana kehidupan saya nanti tanpa Ieda. NOORKHIRIAH PELAKON Sementara itu, Ieda juga mendedahkan biarpun mereka jarang bertemu, namun Khiriah tetap mengambil berat terhadap dirinya dan pernah menawarkan untuk memberi bantuan kewangan. "Kami jarang berjumpa... Selepas kami berkahwin masing-masing buat hal sendiri. Namun, apabila terdetik sahaja di hati mesti salah seorang daripada kami akan menelefon. Khiriah (kanan) tidak dapat membayangkan sekiranya Ieda (kiri) tiada dalam hidupnya. "Korang ada kawan tak yang telefon untuk bertanya khabar dan beritahu sama ada saya nak pakai duit atau tidak. "Demi Allah dia yang telefon saya dan cakap 'kalau kau nak duit, kau beritahu aku tau'... dia boleh sampai tahap itu. "Sampai saya cakap kau ni macam aku tak ada duit sahaja... kalau saya tak ada duit saya cakap," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!