suria

Engku Emran perjelas gosip dengan Fiza Halim, pilih luah masalah kepada ustaz berbanding kawan

Emran kesal tindakan netizen yang suka lakukan spekulasi sendiri.

SELEPAS lama mendiamkan diri, usahawan Engku Emran akhirnya membuka mulut mengenai khabar angin mendakwa dia mempunyai hubungan dengan seorang selebriti wanita beranak dua.

Emran atau Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48, menjelaskan gambar yang tular bersama dua orang remaja sebelum ini merupakan anak kepada sahabatnya dan bukan anak kepada pelakon berkenaan.

Katanya disebabkan foto tersebut ramai terus membuat spekulasi dan prasangka tanpa mengetahui kebenaran di sebaliknya.

"Sebelum ini ada cerita mengenai saya dating dengan seorang selebriti... Saya ambil gambar dengan anak dia.

ee

Emran kesal dengan fitnah netizen.

"Kalau nak tahu cerita, kawan saya daripada Terengganu kahwin dengan orang dari Czechoslovakia, jadi anak dia kacukanlah.

"Bulan puasa mereka datang ke Malaysia... Saya jamu dia buka puasa di rumah saya. Kebetulan isteri dia tak ada hanya ada dua anak dia sahaja.

"Saya ambil gambar dengan anak dia dua orang tapi ada komen mengatakan yang Engku Emran dating dengan sekian-sekian.

"Daripada situ orang buat cerita... Masyarakat kita ini macam mana? Dengan komen itu boleh jadi fitnah," katanya.

Emran berkongsi perkara itu semasa menjadi tetamu radio Zayan pada pagi Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah cerai uji kesabaran Engku Emran, syukur ada ustaz tergerak hati hubungi bagi nasihat

ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah cerai uji kesabaran Engku Emran, syukur ada ustaz tergerak hati hubungi bagi nasihat

Dia juga memaklumkan khabar angin seperti itu turut memberi kesan kepada Allahyarham ibunya iaitu Salmah Abu Bakar.

Malah kata Emran, gosip seperti itu membuatkan dia bimbang dengan keadaan anaknya iaitu Engku Aleesya, 14, yang meningkat sedang meningkat dewasa.

"Masa itu arwah ibu saya masih hidup... Dia mesej saya tanya apa lagi ini Emran?

"Saya boleh terima perkara ini tapi mak ayah kita... anak kita. Anak saya sudah 14 tahun sudah boleh membaca. Jadi tak sedap lah," ujarnya.

Saya tak nak hubungan dia dengan mana-mana bekas isteri saya terjejas.

ENGKU EMRAN

USAHAWAN

Dalam pada itu, Emran turut memberitahu dia tidak selesa berkongsi masalah dengan rakan sekeliling sebaliknya mencari orang berpengalaman untuk mendapatkan nasihat.

Menurut Emran, tindakan tersebut dibuat kerana enggan menjejaskan hubungan bersama bekas-bekas isteri dengan rakan-rakan mereka.

"Kita kalau nak tengok masalah peribadi kena tengok siapa orangnya... Jangan sebarangnya bercerita. Masalah saya ini kawan saya pun tak tahu.

"Bagi saya baik saya tanya ustaz, dia lebih berpengalaman tapi bukannya kawan saya tak berpengalaman.

"Tapi saya tak nak hubungan dia dengan mana-mana bekas isteri saya terjejas. Bila saya luahkan masalah pada kawan sedikit sebanyak akan terjejas.

"Jadi kalau kawan baik saya tidak tahu masalah saya tapi netizen diluar tahu masalah saya... Gempak lah! Mereka ini pakar tapi biarlah mereka bercakap," kongsinya lagi.

Sebelum ini, Emran pernah dikaitkan dengan pelakon Fiza Halim susulan tular sebuah foto yang didakwa bersama anak selebriti berkenaan.

fizaa

Fiza Halim bersama dua orang anak gadisnya.

Pada 25 September lalu, Emran melafazkan talak satu terhadap Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya selepas dua tahun berkahwin.

Emran juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya, 14 tahun.

Emran kemudiannya berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 dan bercerai pada 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain