PELAKON Mawar Rashid bertindak memadam semua foto yang memperlihatkan dia tidak menutup aurat di Instagram miliknya selepas mengumumkan tidak lagi bertudung pada 10 Oktober lalu. Mawar atau Wan Mawar Sahputri Wan Abdul Rashid, 29, berkata, dia juga ketika ini memilih untuk menjauhkan diri daripada semua orang termasuk ahli keluarganya sendiri. Malah dia lebih selesa berkongsi segala perkara dengan pakar terapi yang merawatnya. Mawar pilih untuk bersendirian ketika ini. "Saya minta maaf saya masih tidak boleh beri apa-apa maklum balas kepada sesiapa. Saya minta maaf kepada keluarga, rakan dan wartawan. Terima kasih keluarga dan rakan sebab selalu ada dengan saya. "Tetapi saya sendiri memutuskan hubungan saya dengan segala-galanya dan semua orang. "Saya hanya bercakap dengan ahli terapi saya buat masa sekarang atau mungkin selama-lamanya," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah cuba tapi gagal, Mawar Rashid kongsi foto tak lagi berhijab - “Saya minta maaf” ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid sudah kecewakan banyak pihak, tindakan buka tudung tak patut dicontohi Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkongsi perkara itu menerusi Intsastory miliknya pada petang Jumaat. Sementara itu, usaha mStar mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu gagal selepas Mawar tidak membalas WhatsApp atau panggilan yang dibuat kepadanya. Mawar kejutkan peminat dengan penampilan baharunya sebelum ini. Sebelum ini, Mawar menjadi perhatian apabila tampil memuat naik dua foto memperlihatkan dia tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya. Mawar menerusi kapsyen gambar tersebut hanya menyifatkan dirinya sudah mencuba tetapi gagal selain meminta maaf. Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sebaliknya memberitahu dirinya masih berusaha memperbaiki hubungannya dengan Allah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!