suria

[V] Anggap macam kakak, tiada sengketa antara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein

Nabil nafi berbalah dengan Elly.

PENYAMPAI radio Nabil Ahmad menyangkal dakwaan hubungan dengan Elly Mazlein bermasalah sehingga menyebabkan pengacara itu mengambil keputusan mengundurkan diri daripada program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada 11 Oktober lalu.

Sebaliknya kata Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 40, dia sendiri sudah menganggap Elly sebagai seorang kakak yang dihormati.

Nabil berkata, sebagai rakan dia menghormati keputusan dibuat Elly memandangkan masing-masing mempunyai alasan dan jawapan tersendiri.

Nabil 2 (1)

Nabil anggap Elly sebagai kakak.

"Kami akan buat show sama-sama, akan bertembung juga. Macam mana pun kita akan berjumpa, bertegur sapa.

"Dari pihak saya, dia tetap kakak untuk saya," katanya kepada mStar semasa sidang media pengumuman khas radio tanpa batas pada Jumaat.

Dalam masa sama, Nabil turut menerima teguran yang diberikan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim berkenaan pengacara sering berbalah antara satu sama lain di atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: ASGV minggu 4 ‘sendu’ tanpa Kak Lina, Nabil dan Jihan ucap terima kasih kepada Elly Mazlein

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad terkejut, tak tahu Elly Mazlein undur diri mengacara All Stars Gegar Vaganza

"Apapun nasihat daripada senior, kita ambil untuk jadikan pengajaran sebab bagi saya, kalau mereka tidak sayang, mereka tidak tegur," ujarnya.

Ditanya mengenai kecaman netizen berhubung keceluparannya ketika mengacara, Nabil memberitahu dia tidak pernah membaca komen yang dilontarkan kepadanya.

"Saya tidak baca komen, apa yang berlaku di situ habis di situ," ujarnya.

Nabil 1

Nabil tidak pernah membaca kecaman netizen.

Untuk rekod, Nabil dan Jihan merupakan hos bagi rancangan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung setiap Ahad pada pukul 9 malam.

Sebelum ini, program tersebut turut dikendalikan oleh Elly namun dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri atas faktor peribadi.

Bagaimanapun, dalam hantaran pada 15 Oktober, Elly menjelaskan keputusan mengundurkan diri itu adalah bagi memberikan laluan kepada orang lain untuk bekerja dengan lebih selesa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain