PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan pengacara Elly Mazlein ingin memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada masyarakat Palestin. Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata, dia bersyukur apabila ada rakan artis prihatin terhadap nasib menimpa umat Islam di bumi bergolak itu. "Syukur Alhamdulillah, terharu saya bila rakan-rakan artis seperti Elly Mazlein sudi menyumbang untuk Gaza... Saya doakan semoga Elly bertambah murah rezeki," katanya. Perbualan antara Elly dan Siti yang dikongsi menerusi Instastory. Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat. Penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, yang menghantar mesej menerusi Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Disindir bakal masuk neraka membisu isu Palestin, hanya antara Allah sudah memadai - Meerqeen ARTIKEL BERKAITAN: Artis membisu isu Palestin, Noorkhiriah minta bersangka baik - "Mungkin dalam sujud mereka mendoakan" "Assalamualaikum Tok Ti (panggilan Siti) nombor satu... Pom (panggilan Elly) macam nak bagi sumbangan duit. "Tapi tak banyak... RM10,000 untuk Palestin," tulisnya. Untuk info, Siti membuka Tabung Bantuan Khas Palestin daripada yayasan milik dia dan suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa iaitu Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama organisasi Kita Fund. Selain bantuan kemanusiaan, Yayasan Nurjiwa juga menubuhkan sekolah untuk anak-anak di Gaza supaya merela tetap mendapat pendidikan yang baik. Pada 7 Oktober lalu, sayap tentera Hamas, Briged Al Qassam melancarkan serangan besar-besaran susulan pencerobohan ke atas Palestin oleh pihak Israel. Kira-kira 5,000 peluru berpandu dilancarkan, selain pejuang Hamas berjaya melolosi sempadan yang berkubu kuat di beberapa lokasi melalui udara, darat dan laut. Siti melancarkan tabung Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa. Susulan itu, tentera Israel melancarkan 'Operasi Pedang Besi' terhadap pejuang Hamas sebagai tindak balas. Pada Selasa, Israel membuat serangan ke atas sebuah hospital di Gaza dan membunuh kira-kira 500 orang. Namun, mereka membuat penafian dengan mendakwa letupan adalah berpunca daripada serangan pejuang Palestin itu sendiri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!