suria

Bunda Corla jalani 3 pembedahan plastik termasuk facelift, ramai puji iras Siti Nurhaliza

Bunda Corla memberitahu ramai memuji wajah terbaharunya persis Siti Nurhaliza.

PERSONALITI media sosial sensasi Indonesia Bunda Corla tampil dalam sebuah video di TikTok miliknya bagi mempamerkan wajah terbaharunya selepas menjalani beberapa prosedur pembedahan plastik.

Bunda Corla dilaporkan menjalani pembedahan plastik itu di Jakarta, Indonesia bagi mendapat wajah lebih awet muda berbanding usianya yang sebenar.

Pemilik nama sebenar Cynthia Corla Pricillia itu mendedahkan dia melakukan tiga prosedur termasuk brow lift bagi menaikkan bahagian sekitar mata agar nampak lebih segar.

bunda 2

Bunda Corla.

Selain itu, Corla turut melakukan facelift bagi menegangkan kulit wajah selain mengubah struktur wajahnya agar kelihatan lebih muda berbanding usianya yang sebenar.

Influencer yang menetap di Jerman itu turut melakukan pembedahan bagi memperbaiki bentuk hidungnya yang pernah menjalani prosedur sama pada 1997 dan awal tahun ini.

Menerusi TikTok miliknya, Corla memberitahu dia mendapat banyak pujian sehingga wajah terkininya dikatakan mirip penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hanyut dalam populariti, Bunda Corla pulang ke Jerman sambung kerja di restoran makanan segera

ARTIKEL BERKAITAN: Bunda Corla beli rumah di Jerman sebagai persediaan pencen kerja di McDonalds

Teruja dengan pujian diberikan, Corla turut memuat naik video mempamerkan wajahnya sambil menyanyikan lagu popular Siti iaitu Bukan Cinta Biasa.

"Kenapa banyak yang kata seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza muka Bunda sekarang," tulisnya pada bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Video itu turut mendapat perhatian netizen dan ada bersetuju dengan perkara itu manakala yang lain pula berpendapat wajah mereka berbeza.

bunda 3

Bunda Corla sebelum ini pernah menjalani pembedahan pada bahagian hidung.

"Aku ingatkan Siti Nurhaliza zaman 90-an! Betul la mirip Siti Nurhaliza," komen netizen.

Bagaimanapun ada berpendapat Corla lebih cantik dan nampak natural dengan wajah sebelum pembedahan.

"Saya lebih suka wajah Bunda Corla yang asal kerana lebih cantik dan asli," komen netizen yang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain