suria

“Mak bapak aku kau jangan main” - Meerqeen hilang sabar netizen kait ibu bapa, tak perlu canang usaha bantu Palestin

Meerqeen bengang apabila netizen mula mengaitkan ibu dan bapanya.

TINDAKAN seorang individu mengaitkan ibu bapa Meerqeen susulan isu tidak menunjukkan sokongan terhadap umat Islam di Palestin membuatkan aktor berkenaan sudah hilang sabar.

Berang dengan perkara berkenaan, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, memberi amaran agar tidak membabitkan ibu bapanya dalam hal berkenaan.

"Mak bapak aku kau jangan main... Takkan pernah sekali aku tunduk dengan manusia. Kau ingat itu," katanya.

Meerqeen berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Sabtu.

WhatsApp Image 2023-10-21 at 9.57.09 AM

Perkongsian Meerqeen di Instastory miliknya.

Menerusi komen itu, individu terbabit menyifatkan Meerqeen sebagai anjing pihak Israel.

Selain itu, individu sama secara sinis memberitahu rezeki yang diberikan kepada ibu bapanya adalah daripada Israel bukannya Allah SWT.

Dalam pada itu, Meerqeen berkata, dia tidak akan menunjukkan kebaikan yang dilakukan semata-mata demi memuaskan hati semua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Disindir bakal masuk neraka membisu isu Palestin, hanya antara Allah sudah memadai - Meerqeen

ARTIKEL BERKAITAN: Artis membisu isu Palestin, Noorkhiriah minta bersangka baik - "Mungkin dalam sujud mereka mendoakan"

Kata pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu lagi, netizen juga tidak perlu mempertikaikan segala urusan dilakukan kerana dia lebih mengetahuinya.

"Ramai manusia nak jalankan kerja Tuhan. Aku tahu apa aku buat untuk saudara kita di Palestin.

"Aku tak perlu tunjuk pun bantuan apa yang aku beri pada mereka (rakyat Palestin) untuk senangkan hati manusia lain.

"Cukup aku seorang saja tahu apa peranan dan tanggungjawab aku sebagai Muslim untuk orang di Palestin.

meer2 - 1

Netizen tidak henti-henti memberikan kecaman terhadap Meerqeen.

"Pemberian aku ikhlas... berhenti menunding jari pada orang," katanya.

Sebelum ini, Meerqeen disindir netizen yang mengatakan aktor berkenaan bakal ke neraka gara-gara tidak berkongsi sebarang sokongan kepada Palestin di media sosial.

Terdapat juga pihak yang memuat naik semula gambar Meerqeen bersama pelakon Gal Gadot di sebuah acara perasmian kedai barangan kemas berjenama mewah di New York.

Aktor itu menerima kecaman kerana dianggap tidak sensitif memandangkan Gal Gadot berasal dari Israel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain