SEJAK mendirikan rumah tangga lapan bulan lalu, penyanyi Tom mendedahkan dia akan memasak setiap hari untuk keluarga memandangkan suaminya tidak gemar makan di luar. Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata, biarpun dia dan suami iaitu Fuad Rahman sibuk dengan latihan program realiti Famili Duo musim ketiga (FD3) namun tetap mencuri masa menyediakan masakan buat keluarga. Malah dedah Tom, Fuad boleh merajuk sekiranya tidak dapat merasai air tangannya. "Tak sempat sejuk (nasi) dia dah makan... Hari ini sibuk soundchek dan latihan Famili Duo tapi masak tetap masak. Kalau tak masak, muncung Fuad sampai dekat parking bawah," katanya. Fuad memang tidak boleh hidup tanpa masakan Tom. Tom berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu yang memperlihatkan Fuad sedang berselera menikmati masakan isterinya. Dalam pada itu, Tom berkata, anak-anaknya juga hanya akan berselera makan jika menikmati hidangan masakannya. Disebabkan itu, mereka juga sudah lama tidak memesan makanan demi mengelak pembaziran. "Anak-anak pun bila Tom masa baru makan banyak... Makan dekat luar asyik tak habis saja. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ragui keaslian lesung pipit, Tom mengaku bukan 'original' tapi kesan tindik ARTIKEL BERKAITAN: Pernah menyanyi 30 buah lagu dua hari sebelum bersalin, bertanding di Famili Duo bukan isu buat Tom "Jadi keluarga kami memang kena masak setiap hari. Tak boleh pesan makanan hari-hari... Dengan Fuad memang kena masak," jelasnya. Untuk rekod, Tom dan Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, bernikah pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia. Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. Tom dan Fuad sedang sibuk dengan program Famili Duo 3. Tom dan Fuad juga merupakan salah satu pasangan yang bertanding di pentas FD3 kali ini. Selain Fuad dan Tom, FD3 turut menyaksikan persaingan daripada Shila Amzah dan Amir Syahir (adik-beradik), Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik) serta Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik). Tidak ketinggalan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu) selain Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik). Famili Duo 3 yang dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam disiarkan setiap hari Ahad, 9 malam di TV3 dan Tonton. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!