TINDAKAN Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menggelar pejuang Hamas sebagai pengganas mengundang kemarahan masyarakat dunia. Ramai yang memprotes kenyataan Biden itu dan mula menyerang akaun Instagram rasmi pemimpin berkenaan. Tidak ketinggalkan, pelakon Puteri Balqis dilihat turut lantang bersuara dan menulis komen membantah tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis itu. Kata Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 16, dia sanggup meninggalkan dunia selebriti selama dua hari semata-mata mahu membalas komen-komen di hantaran tersebut. Komen Aqish itu mendapat serangan penyokong Israel. "Puteri Balqis mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia selebriti selama dua hari dan bertekad untuk menjadi netizen sepenuh masa selama dua hari," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis. Sebelum itu, Aqish menulis komen meminta Biden mempunyai rasa simpati terhadap kanak-kanak yang terbunuh dalam konflik berkenaan. Gara-gara sibuk mempertahankan Palestin, Aqish berkata dia terpaksa bersengkang mata untuk membalas komen dan serangan yang diterima. "Bila notification kau tidak berhenti dan kau kena bangun untuk shooting esok pukul 4 pagi. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sedih dimalukan secara terbuka, Qistina Raisah minta Puteri Balqis cerita perkara sebenar... “Kami tak pernah ada masalah” ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 14 tahun cari fasal, Puteri Balqis tanya menang anugerah apa - “Tolong jangan bagi aku satu set dengan dia” "Setelah berhempas pulas menjadi netizen selama dua hari, maka Puteri Balqis pun kembali kepada kehidupannya yang asal iaitu menjadi seorang selebriti sepenuh masa," ujarnya. Perkongsian Balqis menerima sokongan pengikutnya dan ada juga meminta dia kembali menjadi netizen untuk beberapa hari lagi. "Hahaha.. Penat la macam ni Aqish. "Woow good job Aqish pertahankan Palestin! Selalu buat akak gelak. You got amazing sense of humour!" kata peminat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!