suria

Himpunan solidariti Palestin hanya berunsur politik, Mona Allen cadang adakan solat hajat di semua masjid

Mona mencadangkan supaya melakukan solat hajat.

PELAKON Mona Allen tampil menjelaskan mengenai kenyataannya yang dilihat seolah-olah tidak bersetuju dengan perhimpunan solidariti terhadap Palestin yang diadakan baru-baru ini.

Bagi Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, adalah lebih baik sekiranya orang ramai melakukan solat hajat untuk membuktikan sokongan kepada negara berkenaan.

"Lebih afdhal mengerjakan solat hajat di masjid-masjid seluruh negara. Itu pendapat saya. Sekian terima kasih," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis.

Mona 1

Mona berpendapat lebih afdhal melakukan solat hajat.

Sebelum ini, Mona berpendapat perhimpunan beramai-ramai untuk menunjukkan solidariti terhadap Palestin bukanlah satu keperluan.

Tambah Mona, acara tersebut juga dilihat mempunyai kepentingan politik untuk menaikkan lagi nama seseorang.

Mona bagaimanapun berkata ketidakhadirannya dalam acara tersebut bukan bermaksud dia tidak menyokong Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen mengaku silap muat naik video nampak rambut ketika bercuti, sibuk urus anak sampai terlepas pandang

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen tak sanggup tengok anak kehausan, usaha pelbagai cara untuk banyakkan susu badan

"Tidak bermakna saya tidak ke sana, berkumpul ramai-ramai, saya tidak menyokong Palestin.

"Itu cuma pendapat saya, terpulang pada orang nak menilai. Yang pergi itu good job. Bagi saya, saya rasa ia tidak perlu. Hanya politik dan populariti," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain