suria

[V] Aznil Nawawi kini Profesor Adjung UM, tolak soal bersara mahu terus kongsi ilmu

Aznil guna pengalaman bantu golongan muda.

PENGACARA Datuk Aznil Nawawi menyifatkan pelantikannya sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM) sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahirannya ke-61 pada 6 November ini.

Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil berkata, meskipun usianya sudah lanjut namun bersemangat memulakan tugas baharunya itu selain berharap kehadirannya di fakulti berkenaan diterima baik pelajar universiti berkenaan.

"Tak sangka dalam usia begini saya diberi tugas besar... Bukannya semakin berusia tanggungjawab semakin kecil.

aznil 2

Aznil berkongsi berita gembira dilantik sebagai Profesor Adjung.

"Pelantikan ini membuatkan saya mahu terus bekerja tanpa fikir soal mahu bersara... Istilah bersara itu masih jauh lagi. Selagi ada kudrat, kebolehan dan ilmu saya akan terus kongsi manfaat.

"Sebelum ini pun saya banyak adakan sesi perkongsian di pelbagai universiti dan tak sabar rasanya bertemu dengan penuntut di UM," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Pak Nil sebelum itu ada berkongsi di Instagram tentang pelantikan itu yang berkuatkuasa 9 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah rambut gugur setiap kali kemoterapi buka hati Aznil cari dana bantu rawat kanser Ibnor Riza

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak tonton video Pak Nil jumpa Ibnor Riza di hospital, serah wang sumbangan RM20,000

Sebagai seorang alumni fakulti berkenaan, Pak Nil akan menggunakan kepakaran dalam bidang penyiaran untuk mendidik mahasiswa terutama dari aspek komunikasi.

"Syukur atas tawaran diberikan dan ia bukan datang dengan mudah. Saya gunakan pengalaman bekerja selama lebih 30 tahun dalam industri penyiaran untuk membantu anak muda. Kepakaran saya lebih kepada bidang komunikasi.

"Saya akan bekerjasama dengan dekan untuk merancang modul serta pembentukan hala tuju fakulti. Saya juga akan terlibat untuk mengajar mahasiswa," ujarnya.

aznil 1

Aznil terharu atas pelantikan yang diterima.

Besar harapan Pak Nil agar perkhidmatannya kali ini memberi impak dalam membentuk peribadi pelajar masa kini terutama dari sudut komunikasi.

"Dengan pengalaman sendiri saya berazam dapat membimbing anak Malaysia supaya menjadi insan berani bersuara dengan etika yang betul," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain