ANAK sulungnya Allahyarham Bad Indigo terkilan hajat bapanya mahu menghadiahkan sepasang but bola sepak kepadanya tidak kesampaian. Rayyan, 14, berkata, itu juga adalah perbualan terakhir di antara mereka sebelum menerima perkhabaran bapanya itu meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Khamis. "Perbualan terakhir dengan ayah adalah petang semalam (Khamis). Ayah cakap dia nak belikan but bola untuk saya tapi mungkin dalam dua hari lagi," katanya kepada mStar. Rayyan berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya pada Jumaat. Rayyan (baju hijau) bersama ahli keluarga di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya. Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah disahkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang, Selangor. Allahyaraham tiba-tiba rebah disebabkan sesak nafas sebelum pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja. Bad meninggal dunia pada usia 48 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian terakhir Bad Indigo, ucapan ‘selamat tinggal’ tanda pergi selamanya ARTIKEL BERKAITAN: Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja Selain Rayyan, Bad juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Rania, 13, yang kedua-duanya di bawah jagaan bekas isteri pertamanya di Muar, Johor. Dalam pada itu, Rayyan memberitahu mereka bergegas ke Kuala Lumpur selepas mendapat perkhabaran bapanya meninggal dunia. Rayyan yang setia menemani jenazah di masjid berkenaan juga tidak dapat bercakap panjang ketika ditemui media kerana berada dalam keadaan sedih. Jenazah Bad dibawa ke Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat. Jenazah Allahyarham di bawa ke masjid berkenaan untuk dimandikan, dikafankan serta disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat. Pada Januari 2021, Bad terpaksa menjalani pembedahan secara berperingkat memotong jari kaki kirinya yang luka akibat penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Biarpun pergerakkannya terbatas, Bad sedaya upaya cuba untuk menguruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan individu lain. Bad meninggal dunia kira-kira pukul 7 petang Khamis di tempat kerjanya di Ampang. Selain aktif menyanyi Bad juga bekerja tetap sebagai pembantu jualan dan pemasaran di Reiber Auto yang terletak di Bukit Permai, Ampang, Selangor. Bad juga merupakan salah seorang selebriti terlibat dalam program mStar Baek dan rakaman episod mengenai kesengsaraan hidupnya baru sahaja ditayangkan pada Khamis iaitu berberapa jam sebelum berita sedih ini berlaku. Untuk rekod, selepas bercerai dengan isteri pertama, Bad bertemu jodoh dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 namun berpisah pada Jun 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!