BEKAS isteri kepada Allahyarham Bad Indigo iaitu penyanyi Ashira berkata banyak kenangan indah dilalui mereka sepanjang tempoh perkahwinan meskipun hubungan itu tidak bertahan lama.Kata Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 38, dalam tempoh setahun perkahwinan itu mereka bersama-sama melalui fasa hidup susah dan senang. "Mengenali arwah adalah satu kenangan paling manis. Seperti yang semua tahu kami kenal selepas sama-sama terlibat dalam Gegar Vaganza musim ketujuh pada tahun 2020.Ashira dan Bad mula rapat ketika terlibat dalam program GV7. "Dia sudah sakit ketika itu dan selepas kahwin pun kami banyak menghabiskan masa bersama di rumah sahaja. Tiada kenangan kami berjalan-jalan ke mana-mana."Apa yang saya boleh katakan arwah seorang yang kelakar dan dalam masa sama bersikap tegas," katanya ketika dihubungi mStar pada malam Khamis.Terdahulu, Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah meninggal dunia pada pukul 7 malam, Khamis akibat sesak nafas.ARTIKEL BERKAITAN: Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian Bad mengejutkan anggota Indigo, Shah sempat tonton perkongsian video arwah di TikTokArwah menghembuskan nafas terakhir di tempat kerjanya di Reiber Auto, Bukit Permai, Ampang, Selangor pada usia 48 tahun.Sementara itu, Ashira berkata mereka sudah lama tidak berhubung dan hanya mengikuti perkembangan arwah menerusi perkongsian di media sosial."Selepas bercerai saya ada melawat dia di tempat kerja. Lama-kelamaan kami sudah tidak berhubung lagi. Saya pun tidak bertanya khabar sendiri kepada arwah. Saya menggigil bila dapat khabar. Badan jadi kaku sekejap dan rasa melayangASHIRAPENYANYI"Saya hanya melihat perkembangan dia di laman sosial. Kalau tengok video yang selalu dikongsi dia nampak gembira dan sihat. Tak sangka arwah pergi secara tiba-tiba," ujarnya.Kata Ashira lagi, dia terkejut apabila dimaklumkan tentang khabar bekas suaminya itu meninggal dunia.Bad Indigo meninggal dunia pada Khamis. "Saya menggigil bila dapat khabar. Badan jadi kaku sekejap dan rasa melayang. Saya tidak boleh berkata-kata sebab memang terkejut," jelasnya.Untuk rekod, Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 dan mereka mengumumkan perceraian pada Jun 2022.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!