PERKONGSIAN status penyanyi Nabila Razali di akaun Instagram mengundang pertanyaan ramai sehingga ada peminat membuat andaian ia berkaitan dengan hari bahagianya. Dalam kapsyen ringkas berkenaan, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, teruja memberitahu dia sedang membilang hari seolah-olah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. "The count down is on... (Mula menghitung hari)," tulisnya bersama emoji merpati yang sering dikaitkan dengan majlis perkahwinan. Perkongsian Nabila menimbulkan tanda tanya. Menerusi ruangan komen, ramai dalam kalangan rakan selebriti mula meninggalkan ucapan kepada penyanyi lagu Pematah Hati ini. Malah ada juga netizen mengaitkan lelaki yang didakwa merupakan bakal suami Nabila. "Bakal suami awak rakan sekolah kami. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Razali pilih kunci mulut isu bertunang, kongsi dengan peminat bila sudah sedia ARTIKEL BERKAITAN: Cincin di jari manis hanya aksesori biasa, Nabila Razali akan kongsi jika ada berita gembira "Semoga dipermudahkan urusan bakal pengantin. "Tahniah Nabila," komen netizen. Kisah Nabila bakal berkahwin mula diperkatakan apabila tular cerita kononnya dia melangsungkan pertunangan dengan usahawan bernama Nik Iruwan Nik Izani. Hubungan Nabila dan Nik Iruwan mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu. Nabila sebelum ini memilih untuk mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen mengenai status dirinya. Dia bagaimanapun memohon agar urusan jodohnya dipermudahkan dan berjanji memaklumkan mengenai berita gembira itu apabila tiba masanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!