suria

Derita sakit jantung sejak 10 tahun lalu, Liza Hanim pernah saksi Bad Indigo rebah depan mata

Liza sebak imbau keterujaan Allahyarham merakam lagu baharu.

ALLAHYARHAM penyanyi Bad Indigo sudah menderita penyakit jantung selain diabetes sejak 10 tahun lalu.

Penyanyi Liza Hanim berkata, dia juga pernah melihat sendiri arwah terkena serangan jantung ketika bertemu dengannya sebelum ini.

"Kami sudah berkawan sejak 23 tahun lalu dan Bad memang ada masalah jantung.

"Sebelum ini juga dia pernah kena serangan jantung dan rebah di depan mata saya dan suami di pejabatnya.

"Sudah lebih 10 thun dia sudah ada masalah jantung," katanya kepada mStar.

2357823

Bad menghembuskan nafas terakhir pada petang Khamis di tempat kerjanya.

Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 43, berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14, Petaling Jaya pada Jumaat.

Kira-kira pukul 7 petang Khamis, Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang.

Allahyarham dikatakan mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah selain rebah akibat sesak nafas sebelum pulang ke rumah selepas waktu kerjanya tamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Panggilan telefon sebelum meninggal perbualan terakhir Bad Indigo dan anak, hajat beli but bola tak kesampaian

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian terakhir Bad Indigo, ucapan ‘selamat tinggal’ tanda pergi selamanya

Jenazah Bad dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat.

Dalam pada itu, Liza berkata, sebagai rakan terdekat dia ralat apabila kumpulan Indigo baharu sahaja merakamkan single terbaharu mereka yang hanya menanti masa sesuai untuk dilancarkan.

Imbau Liza, Allahyarham teruja semasa merakamkan lagu berkenaan kerana sudah lama tidak bersama ahli kumpulan Indigo.

Sebelum ini juga dia pernah kena serangan jantung di depan mata saya dan suami di pejabatnya.

LIZA HANIM

PENYANYI

"Sebenarnya lagu baharu mereka sudah siap malah arwah sangat teruja dan paling semangat ketika rakaman diadakan.

"Tengok keseronokan mereka saya dapat memahami keterujaan itu tambahan pula Indigo sudah lama tak keluar lagu baru," ujarnya.

Untuk rekod, Bad bersama Indigo memulakan kerjaya seni mereka sekitar tahun 1996 dan kumpulan ini popular menerusi lagu-lagu seperti Kenang Dirimu serta Masih Seperti Dulu.

bad

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kota Damansara, Selangor selepas pada Jumaat.

Kumpulan ini juga pernah menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ketujuh.

Pada Januari 2021, Bad terpaksa menjalani pembedahan secara berperingkat memotong jari kaki kirinya yang mengalami luka akibat diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Biarpun pergerakannya terbatas, Bad sedaya upaya cuba menguruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan orang lain.

7777

Bad sudah lama menderita penyakit diabetes dan masalah jantung.

Selain aktif menyanyi Bad juga mempunyai pekerjaan tetap sebagai pembantu jualan dan pemasaran di Reiber Auto yang terletak di Bukit Permai, Ampang, Selangor.

Bad juga merupakan salah seorang selebriti terlibat dalam program mStar Baek dan rakaman episod mengenai kesengsaraan hidupnya baru sahaja ditayangkan pada Khamis iaitu berberapa jam sebelum penyanyi itu meninggal dunia.

Untuk rekod, selepas bercerai dengan isteri pertama, Bad bertemu jodoh dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 namun berpisah pada Jun 2022.

Bad mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama iaitu Rayyan, 14 dan Rania, 12 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain