suria

“Kali ini saya buat habis-habisan...” - Sharnaaz Ahmad minta semua bersatu, boikot produk dan perkhidmatan ada kaitan Israel

Sharnaaz bertegas ingin memboikot produk keluaran Israel.

PELAKON Sharnaaz Ahmad tegas dengan pendirian akan terus memboikot setiap produk dan perkhidmatan yang ada kaitan dengan Israel.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, turut memohon maaf kepada rakan-rakan yang mungkin bekerja dengan syarikat yang mempunyai kaitan dengan rejim zionis itu.

Malah pelakon itu memohon semua bersatu menghancurkan ekonomi Yahudi dan sekutunya.

"Kali ini saya buat habis-habisan... Maaf kawan-kawan yang bekerja di situ, harap anda faham.

Perkongsian Sharnaaz di Instastory miliknya.

Sharnaaz merasakan sudah tiba masanya semua bersungguh-sungguh memboikot produk dan perkhidmatan ada kaitan Israel.

"Maaf cukuplah! Kita bersatu dan hancurkan ekonomi Yahudi dan Amerika ini," katanya.

Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Sebelum ini, pelakon filem The Original Gangster itu menyelar tindakan bintang Hollywood iaitu The Rock atau Dwayne Douglas Johnson, 51, yang dikatakan membuta tuli meluahkan rasa marah dengan pembunuhan kejam serta penculikan Yahudi oleh Hamas.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad mahu ‘duku’ kepala The Rock, kenyataan tentang konflik Palestin-Israel membuta tuli

ARTIKEL BERKAITAN: Noor Nabila wanita kuat berdepan dugaan, Sharnaaz sifatkan penceraian bekas isteri sudah tertulis - "Hal kita belum tahu lagi"

Kata Sharnaaz, dia kecewa dengan kenyataan The Rock yang disifatkan dibuat tanpa mengetahui sejarah sebenar perbalahan antara Palestin dan rejm zionis itu.

Pada 7 Oktober lalu, sayap tentera Hamas, Briged Al Qassam melancarkan serangan besar-besaran susulan pencerobohan ke atas Palestin oleh pihak Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan di Gaza, sehingga kini dilaporkan sekurang-kurangnya 7,326 rakyat Palestin terbunuh dan daripada jumlah itu, seramai 3,038 terdiri dalam kalangan kanak-kanak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain