PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan terhadap penyanyi Ibnor Riza dan pelakon Fauziah Samad yang kini berdepan masalah kesihatan. Anwar berkata, meskipun tidak dapat hadir menyantuni kedua-dua bintang berkenaan namun berdoa agar mereka diberikan kesembuhan daripada penyakit yang sedang dihadapi ketika ini. Setiausaha politik Anwar iaitu Ahmad Farhan Fauzi hadir mewakili perdana menteri bagi menziarahi mereka serta menyampaikan sumbangan. "Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air, saudara Ibnor Riza dan saudari Fauziah Samad dilanda musibah kesihatan. Anwar prihatin dengan masalah kesihatan dihadapi Fauziah dan Ibnor. "Lantaran itu, hari ini Setiausaha Politik saya, Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi mereka. "Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah (perlindungan) dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT," ujarnya. Anwar berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Khamis. Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda. ARTIKEL BERKAITAN: Sebak tonton video Pak Nil jumpa Ibnor Riza di hospital, serah wang sumbangan RM20,000 ARTIKEL BERKAITAN: [V] Setahun tiada undangan nyanyian akibat kanser, Ibnor Riza jual 3 buah kereta tampung rawatan Dalam pada itu, Anwar turut menghulurkan sumbangan demi kelangsungan urusan perubatan Ibnor dan Fauziah. Pada 19 Februari lalu, Ibnor atau bnor Riza Ibrahim, 62, tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain teruk. Dia mendapat tahu tentang kanser itu selepas melakukan pemeriksaan doktor susulan mengalami bengkak pada lehernya. Ibnor memerlukan kos sehingga RM200,000 bagi menampung kos rawatan susulan di salah sebuah pusat perubatan swasta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!