suria

Dah puas bawa watak budak sekolah, Ezzrin Loy kini memilih karakter lebih dewasa

Ezzrin muak dengan watak budak sekolah punca berehat panjang.

PELAKON Ezzrin Loy berkata dia kini lebih selektif memilih watak lakonannya di dalam sesebuah karya.

Ezzrin atau nama sebenarnya, Ahmad Ezzrin Loy, 26, berkata dia enggan lagi memegang watak sebagai budak sekolah memandangkan sudah puas melakonkan karakter sedemikian sebelum ini.

"Sebenarnya saya dalam industri sejak usia lapan tahun tapi kebanyakkan watak saya dahulu budak-budak.

"Tapi apabila usia dah masuk 20 tahun... dapat pula watak budak sekolah saya rasa macam apa saya buat dekat sini.

371952783_18387300289041365_1737458157411508917_n

Ezzrin rehatkan diri untuk sementara waktu.

"Sebab saya rasa daripada dulu saya bawa watak budak sekolah sahaja selama 12 tahun," katanya kepada mStar.

Gara-gara terlalu banyak memegang watak budak sekolah membuatkan dia mula berasa kurang berminat untuk berlakon.

Disebabkan itulah dia memilih untuk berehat seketika dan mendekati watak yang lebih dewasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzrin Loy reda... lega dapat berbakti untuk arwah nenek buat kali terakhir - “Ini tanggungjawab saya sebagai cucu”

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek Elfira Loy meninggal dunia terkena jangkitan Covid-19 di hospital, Ezzrin Loy syukur dapat urus pengebumian... pakai PPE lengkap

"Jadinya ia buat saya mula kurang minat dengan lakonan. Saya rasa kalau saya nak terlibat sebagai seorang pelakon saya perlukan masa untuk berehat sekejap dan belajar balik.

"Bagi saya bawa watak budak sekolah berbeza dengan watak orang besar... sebab itu saya perlahan-lahan meneroka dunia lakonan sebagai orang dewasa.

"Sebab itulah saya mula keluar dengan watak budak kolej... dan takkan ambil watak budak sekolah," ujarnya.

Ezzrin

Ezzrin mula kembali dalam dunia lakonan selepas temui watak sesuai.

Dalam pada itu, Ezzrin berkata dia juga mungkin menolak tawaran kurang sesuai dengan jiwanya kerana bimbang tidak mampu menghayati watak berkenaan.

"Ada juga tawaran yang saya tolak kerana saya rasa ia tidak sesuai dengan saya... kalau diberi watak sebagai pemain muzik saya tidak ke arah itu.

"Jadi saya rasa kalau watak itu tak berkait dengan saya ia jadi susah nak bawa... sebab tak ada jiwanya.

"Tapi Alhamdulillah saya sudah mula kembali berlakon sekarang ini," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain