ANAK perempuan pelakon Rozita Che Wan mungkin baru berusia sembilan tahun namun kebolehan kanak-kanak itu mengenali produk penjagaan kulit berjenama membuatkan netizen kagum. Malah Rozita atau mesra disapa Che Ta, 50, memberitahu dia sendiri tidak mengetahui jenama-jenama produk antarabangsa yang menjadi pilihan anaknya, Aaisyah Dhia Rana. "Saya tak tahu semua itu. Apa yang awak sebut? Saya tak pernah dengar," katanya yang kagum dengan Aaisyah. Gaya Aaisyah juga sering menjadi perhatian ramai. Che Ta juga memberitahu dia berasa lucu mendengar jawapan anaknya dan secara berjenaka hanya mengetahui produk tempatan jenama Safi Rania yang pernah melantiknya sebagai duta sebelum ini. Dalam video yang dikongsi Che Ta di TikTok miliknya, pelakon itu bertanya kepada Aaisyah hadiah yang diinginkan sempena sambutan ulang tahunnya pada 1 November. "Aku tak tahu semua tu, tak pernah dengar... Yang mummy tahu Safi Rania jer. Itu menatang apa hang sebut?," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tumbuh gigi berlebihan, Anak Che Ta selamat jalani pembedahan ‘Supernumerary Mesiodens Tooth’ ARTIKEL BERKAITAN: [V] Che Ta tak boleh kawal marah, bengang pengacara tua hina anak perempuan tidak elok Membalas pertanya ibunya itu, Aaisyah menyebut beberapa jenama seperti Drunken Elephant, Glow Recipe dan Sol De Janeiro yang merupakan produk terkemuka antarabangsa. "Banyak lagi mummy belum beli," ujar Aaisyah menjawab pertanyaan ibunya itu. Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai pengikut yang terhibur selain rasa kagum dengan respons Aaisyah itu. Aaisyah mahukan produk penjagaan kulit sempena sambutan ulang tahun. "Pitam dengar list dia. Drunk Elephant punya sunscreen pun sudah beratus harga. "Bukan main skincare dia nak. Aku tak tahu pun produk tu wujud," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!