PELAKON Scha Alyahya menyangkal dakwaan dia memakai anting-anting berbentuk salib ketika hadir ke sidang media HeroDewi Remaja yang diadakan pada Selasa lalu. Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzhir Al-Yahya, 40, sebaliknya menjelaskan anting-anting berkenaan berbentuk X yang juga logo jenama antarabangsa Off White. "Bukan salib tapi X logo Off White, sekian," katanya ringkas. Anting-anting berbentuk X yang digayakan Scha menjadi bualan ramai. Scha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Menerusi sebuah video tular di TikTok, pelakon drama Awan Dania itu menarik perhatian netizen ketika ditemu bual pada sidang media HeroDewi Remaja yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Prihatin isu Palestin, Scha Alyahya tolak secara baik jemputan jenama antarabangsa ada kaitan Israel ARTIKEL BERKAITAN: "Jumpa boyfriend"... Peminat 'makan hati', cemburu tengok Scha Alyahya berfoto dengan Wi Ha Joon Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang salah anggap terhadap anting-anting yang dikatakan berbentuk salib itu. "Terkejut aku tengok subang Scha. "Ya itu lambang cross crosslet salah satu lambang salib, mungkin dia tak tahu. "Ada dua simbol salib begini, satu yang panjang dan satu yang sama panjang. Ini simbol salib orthodox kalau tak salah saya," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!