suria

Adik Shila Amzah ada amaran buat bekas isteri, terpulang padanya nak betulkan keadaan

Syafiq anggap tindakan Anis sebagai mengaibkan dirinya.

ADIK kepada Shila Amzah meminta bekas isterinya iaitu Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis berhenti daripada terus bercakap buruk dan mengaibkan dia.

Syafiq atau Amir Syafiq Amzah, 30, mendakwa setiap perkataan yang keluar daripada mulut bekas isterinya itu tidak kesemuanya benar.

"Untuk bekas isteri yang mengaibkan saya... Saya tak pernah menjawab apa-apa pun tentang dia mengaibkan saya malah dia fitnah diri saya.

Syafiq

Syafiq buat siaran langsung untuk perjelas keadaan.

"Cuma satu sahaja pesanan saya, sudah-sudahlah! Daripada 2016 sampai sekarang tak berhenti nak keluarkan kenyataan yang tak semuanya betul," katanya.

Syafiq berkongsi perkara itu semasa siaran langsung di TikTok miliknya pada malam Khamis.

Ia susulan menerima pelbagai komen yang meminta dia menyelesaikan masalah dengan bekas isterinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq sudah keluar dari banglo Hulu Langat, minta Shila Amzah henti fitnah ditamparnya - “Tegur sebab dia maki mak”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Shila Amzah dah terbang ke China, urusan kerja tergendala sebab fitnah

Dalam pada itu, Syafiq memberitahu masalah dengan Anis adalah hal peribadinya dan terpulang kepada dia untuk menyelesaikannya.

Katanya, dia tidak akan bercakap mengenai perkara itu secara terbuka sebaliknya pilih menyelesaikan secara peribadi.

"Apa-apa berkenaan diri saya itu, kalau saya rasa nak betulkan itu terpulang pada saya. Hak saya!," ujarnya.

Anis

Bekas isteri kepada Syafiq bersama anak lelaki mereka.

Untuk rekod, Syafiq atau Amir Syafiq Amir Hamzah dan Anis mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 namun pasangan itu bercerai pada 15 Jun 2016.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun.

Kemelut anak-anak penyanyi Datuk ND Lala ini bermula selepas adik bongsu Shila iaitu Syada mendedahkan kediaman mereka bakal dijual sedangkan dia tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Tampil memberikan penjelasan, Shila berkata berhak berbuat demikian kerana banglo berkenaan adalah miliknya dan bakal membeli kediaman baharu untuk ibu mereka.

Namun Syafiq pula mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain