suria

Syafiq sudah keluar dari banglo Hulu Langat, minta Shila Amzah henti fitnah ditamparnya - “Tegur sebab dia maki mak”

Syafiq akui masih tak bertegur sapa dengan Shila.

ADIK kepada Shila Amzah meminta agar penyanyi berkenaan tidak menyebarkan fitnah dia pernah menampar kakaknya itu.

Syafiq atau Amir Syafiq Amir Hamzah, 30, berkata, dia tidak pernah berbuat demikian sebaliknya terus mendesak agar Shila bertemu ibu mereka dan memohon maaf.

"Tolonglah Shila, kau pergi cari mak minta maaf dekat mak. Shila jangan fitnah, aku tak pernah tampar muka kau eh," katanya.

Syafiq berkongsi perkara itu semasa siaran langsung di TikTok miliknya pada malam Khamis.

Syafiq

Syafiq minta Shila berhenti fitnahnya.

Kata Syafiq dia marah terhadap kakaknya disebabkan kelakuan biadap pada ibu mereka sebaliknya tidak kisah dengan rumah yang mereka diami sebelum ini.

"Aku menegur kakak aku maki hamun mak aku, salah ke? Salah aku bukan ke atas mak aku, jadi aku tegur kesalahan kakak aku atas mak aku.

"Dia maki hamun mak aku depan kawan-kawan dia, tolak mak aku... Jadi aku marah bab itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Shila Amzah dah terbang ke China, urusan kerja tergendala sebab fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq minta Shila Amzah mohon maaf pada ibu, pesan jangan sombong dengan kejayaan

"Bukan marah sebab nak jual rumah itu. Rumah itu sikit pun aku tak hairan," katanya lagi.

Syafiq turut memaklumkan sudah berpindah keluar daripada rumah milik Shila yang terletak di Hulu Langat baru-baru ini.

Dalam pada itu, Syafiq juga tampil menjelaskan salah faham terhadap kenyataan Ubai melibatkan dia sebelum ini.

Menurut Syafiq dia pelik apabila Ubai membiarkan Shila bersikap biadab terhadap emak mereka sedangkan pempengaruh faham perasaan kehilangan seorang ibu.

syaff

Kemelut keluarga Shila masih lagi menjadi bualan netizen.

"Kenyataan kau salah juga bab mak kau meninggal, ya memang aku cakap mak kau meninggal tapi tak nampak ayat yang penuh.

"Aku cakap ya mak kau dah meninggal, aku minta maaf, bersimpati pada kau, takziah pada kau.

"Cuma aku pelik macam mana kau boleh biarkan Shila maki mak dia depan kau. Yelah mak kau dah meninggal... Kau lebih mengetahui menghargai seorang ibu. Itu maksud dia," jelasnya.

Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Shila bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut.

Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain