suria

Wanita dakwa jadi mangsa buli meninggal dunia, Uqasha Senrose terkejut kenapa mereka marahkan dia lagi?

Nama Uqasha sekali lagi disebut atas kesalahan membuli.

SEORANG pengguna laman X mendedahkan rakannya yang pernah menjadi mangsa buli pelakon Uqasha Senrose ketika zaman persekolahan sudah meninggal dunia pada 31 Oktober lalu.

Susulan pemergian wanita berkenaan, individu berkenaan seolah-olah menyalahkan aktres berkenaan dan berharap Uqasha gembira dengan pemergian sahabatnya.

Malah individu itu menerusi ciapan di X Uqasha berharap agar Uqasha mendapat pembalasan atas perbuatannya di Padang Mahsyar kelak.

uqasha1 - 1

Perkongsian yang dimuat naik di laman X.

"Aku harap Uqasha gembiralah buat kawan aku macam tu... Kali ini tuntut di Padang Mahsyar is real.

"Kawan aku melalui kehidupan yang sukar, depresi, sakit lagi sakit yang takkan boleh sembuh... Hari-hari bertarung untuk terus kuat," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu buat dakwaan kaki buli mahu berbaik, Uqasha Senrose serah pihak berkuasa siasat tuduhan

ARTIKEL BERKAITAN: Belum hilang trauma suami dipukul, Uqasha Senrose kesal tiba-tiba dituduh pembuli zaman sekolah

Mengulas mengenai perkara itu, Uqasha ketika dihubungi mStar berkata, dia tiada halangan untuk bersemuka dengan keluarga Allahyarham bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku.

Bagaimanapun kata pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu sebolehnya dia enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan individu berkenaan juga sudah tiada.

Kalau dari awal dia di pihak benar, kenapa tidak hadir ke mahkamah.

UQASHA SENROSE

PELAKON

"Saya boleh sahaja jumpa keluarganya. Sebelum ini lagi saya memang nak berdepan dengan dia (Allahyarham) tetapi dia yang tak mahu.

"Jadi, tak ada apa-apa yang saya nak komen, arwah pun dah meninggal dunia. Saya pun tak tahu apa yang mereka marahkan lagi dekat saya.

"Sudah lama saya berdiam fasal hal ini, saya biarkan peguam saya buat kerja. Bagi saya, tiada apa pun yang saya perlu komen," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Malah kata Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, sebelum ini dia sudah menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dia tidak bersalah namun individu tersebut tidak hadir ke mahkamah.

"Saya tidak mahu beri komen tentang perkara itu, biarlah mereka, sebab perkara ini memang sudah dibawa ke mahkamah.

"Dia tidak hadirkan diri untuk membela diri, atas sebab apa saya tidak pasti.

uqasha2 - 1

Uqasha tidak mahu memanjangkan lagi isu dakwaan membuli.

"Kalau dari awal dia di pihak benar, kenapa tidak hadir ke mahkamah," katanya.

Pada Mac lalu, nama Uqasha tidak secara tiba-tiba menjadi tular selepas dikaitkan dengan kes buli yang didakwa berlaku sewaktu zaman persekolahannya.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang pengguna media sosial yang membuat pengakuan secara terbuka dia pernah menjadi mangsa buli Uqasha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain