WANITA yang mendakwa dihamilkan Aniq Suhair menjelaskan fitnah dibuat terhadap pelakon itu sebelum ini disebabkan pernah menaruh hati terhadapnya sebelum ini. Kata individu berkenaan dia sanggup mereka cerita agar dapat meraih perhatian Aniq dan pelakon itu tidak bersalah. "Dia (Aniq) tidak bersalah... Sebenarnya ini semua rekaan semata-mata sebab saya berilusi mahukan Aniq," katanya. Wanita berkenaan tampil menjelaskan perkara sebenar di TikTok. Perkara tersebut dikongsi di laman TikTok berserta permohonan maaf yang dibuat sebelum ini. Dalam pada itu, wanita berkenaan berkata, dia berjanji akan menghubungi Aniq sendiri bagi menjernihkan keadaan sekali gus membersihkan nama pelakon tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair minta padam fotonya tidak menutup aurat, dalam fasa perbaiki diri... “Tak sedar kita hampir di penghujung” ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa hamil anak Aniq Suhair tampil mohon maaf, mengaku silap buat tuduhan tak benar "Saya tahu ini tidak boleh diterima, tetapi benda dah berlaku. Saya mahu bersihkan semula nama Aniq. "Saya tahu saya bersalah dalam hal ini. Saya akan hubungi Aniq untuk minta maaf," ujarnya. Dalam satu perkongsian lain, wanita berkenaan juga mengakui kesilapan mengumpul gambar-gambar Aniq dan mendapat koleksi itu dari kenalan terdekat. Aniq sedang dalam proses berubah ke arah kebaikan. "Saya tidak menyangka perbuatan saya ini telah menjejaskan reputasi semua pihak," jelasnya. Sebelum ini kecoh nama Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, dikatakan melakukan hubungan terlarang sehingga menyebabkan seorang wanita hamil. Menafikan perkara tersebut, Aniq juga tegas mahu mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap perkara tersebut adalah fitnah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!