suria

Isu staf nak bermadu dengan suami selesai, ujian buat Aisyah Hijanah dan Alif Teega kukuhkan perkahwinan

Aisyah menjelaskan masalah rumah tangganya sudah selesai dengan baik.

PERSONALITI media sosial Aisyah Hijanah menjelaskan isu orang ketiga yang didakwa menganggu rumah tangganya telahpun diselesaikan dengan baik.

Menanggapnya sebagai ujian, Aisyah berkata, isu tersebut menjadikan hubungannya dengan suami iaitu Alif Teega semakin erat apabila masing-masing mengambil peluang memperbaiki dan mengukuhkan perkahwinan yang dibina.

Aisyah juga memberitahu Alif merupakan pasangan yang baik malah sentiasa menasihatinya ke arah kebaikan.

"Ujian yang datang ini sebenarnya mengeratkan kami untuk sama-sama perbaiki diri dan mengukuhkan perkahwinan yang dibina.

Aisyah 2

Aisyah membuat penjelasan mengenai rumah tangganya di Instagram.

"Jujur, Alif adalah suami yang baik, yang sentiasa menasihati Aisyah ke arah kebaikan. Segalanya telahpun diselesaikan dengan cara yang baik.

"Insya-Allah selepas ini kita boleh perbaiki diri lagi," katanya.

Aisyah berkata perkara itu dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Move on’ tapi tiada siapa dilepaskan, Alif Teega perjelas tuduhan berpisah dengan Aisyah Hijanah

ARTIKEL BERKAITAN: Staf nak bermadu dengan bos, tak malu jadi penyondol... Aisyah Hijanah ikhtiar selamatkan rumah tangga, bawa Alif Teega berubat

Dalam masa sama, Aisyah berterima kasih kepada semua yang memberikan nasihat, cadangan dan semangat kepadanya sepanjang isu tersebut berlaku.

Kesan daripada kejadian itu, Aisyah berkata dia akan cuba untuk menjadikan dirinya ke arah yang lebih baik.

"Terima kasih kepada semua yang memberi nasihat, cadangan dan semangat kepada Aisyah sepanjang isu ini berlaku terutama kepada yang lebih berumur dan berpengalaman.

"Terima kasih buat rakan-rakan, keluarga dan staf Hijanah yang setiap hari bertanya khabar Aisyah untuk pastikan Aisyah baik baik sahaja dan beri kata-kata semangat buat Aisyah," ujarnya.

Aisyah 1

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata.

Sebelum ini, Aisyah berkongsi di media sosial berkenaan masalah rumah tangganya diganggu pihak ketiga yang juga merupakan bekas kakitangan mereka sendiri.

Bagaimanapun Alif tampil dengan kenyataan menjelaskan yang rumah tangganya bersama isteri masih harmoni dan tidak dilanda masalah.

Alif juga menyangkal dakwaan mereka sudah berpisah malah menjelaskan hantaran berhubung dia sudah move on di TikTok sebelum ini tiada kaitan dengan perkahwinannya.

Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain