TUNTUTAN hadiah sebidang tanah lot yang dimenangi Datuk Aishah selaku juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) nampaknya masih belum selesai dan bakal memasuki episod baharu. Kata Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, dia bersama peguam telah mengunjungi kediaman penaja hadiah iaitu Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa yang juga vokalis kumpulan Pearl dan rumah anaknya, Putera Hashiff pada petang Selasa. Namun kedua-dua kediaman itu telah pun dikosongkan dan penaja juga sudah cabut lari. Aishah tetap akan mencari Amir sehingga isu tuntutan hadiah selesai. "Kami pergi kedua-dua buah rumah Datuk Amir dengan Putera Hashiff kerana kami telah terima surat daripada mahkamah yang membenarkan kami untuk sita dan masuk ke dalam rumah mereka untuk buat lelongan. "Saya pergi ke rumah itu pun bersama pihak polis, peguam dan orang yang nak beli lelongan rumah itu," katanya ketika dihubungi mStar. Kecewa dengan tindakan Amir itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata dia bergegas ke mahkamah semula untuk mendapatkan tindakan selanjutnya. ARTIKEL BERKAITAN: Aishah cari Amir Pearl depan pintu rumah, tuntut hadiah tanah tak selesai ARTIKEL BERKAITAN: Aishah dah boleh duduk tenang, akhirnya kes tuntutan hadiah tanah lot GV4 selesai Meskipun penaja sudah melarikan diri, Aishah berkata dia tidak akan menyerah kalah sebaliknya akan terus mencari mereka sehingga isu berkenaan selesai. "Saya terpaksa ke mahkamah semula dan saman dia kerana melanggar perintah mahkamah. Jangan ingat dia orang lari kami tak ada cara nak cari. Saya takkan lepas mereka macam itu sahaja AISHAH PENYANYI "Mereka nak lari ke mana sangat, ia hanya memburukkan namanya sendiri. Amir memang dah muflis... isteri dan anak dia pula nama mereka akan disenarai hitam, tak boleh keluar daripada negara. "Jangan ingat dia orang lari kami tak ada cara nak cari. Saya takkan lepas mereka macam itu sahaja," ujarnya lagi. Selain hadiah lot tanah, Aishah selaku juara GV4 turut membawa pulang wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala. Rumah Amir dan anaknya dah kosong. Isu ini timbul apabila penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo tersebut. Bagaimapun kes tuntutan tersebut selesai di mahkamah pada September tahun lalu apabila penaja setuju dengan cadangan penyelesaian iaitu membayar jumlah asal harga tanah dijanjikan iaitu RM300,000. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!