suria

[V] “Itu privasi saya dan bekas isteri” - Hafidz Roshdi tak lupa tanggungjawab, tepis dakwaan culas bayar nafkah anak

Hafidz tidak pernah abai tanggungjawab bayar nafkah.

DITUDUH culas membayar nafkah untuk anak-anak, pelakon Hafidz Roshdi tampil menafikan dakwaan dibuat oleh bekas isterinya itu.

Kata Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dia sama sekali tidak pernah terlepas membayar nafkah kepada Nurul Shuhada seperti yang ditetapkan.

"Itu saya no comment.

hafidz roshdi 1

Hafidz hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.

"Tetapi saya memang ada bagi. Tidak pernah terlepas bayar nafkah dia (anak-anak),” katanya kepada mStar.

Hafidz berkata perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes hadanah yang difailkannya kepada Shuhada di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: JKM datang rumah siasat dakwaan abai anak, bekas isteri minta Hafidz Roshdi jangan zalim

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi derita gangguan bipolar, sudah 3 tahun terima rawatan

Ditanya jumlah bayaran nafkah yang dibuat, Hafidz bagaimanapun enggan berkongsi perkara itu.

Ini kerana jumlah bayaran berkenaan adalah privasi di antara dirinya dan juga bekas isteri.

"Itu privasi saya. Itu antara saya dengan dia. Nafkah ini seeloknya privasi antara saya dengan dia.

Tetapi saya memang ada bagi. Tidak pernah terlepas bayar nafkah dia (anak-anak)

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

"Berapa jumlah itu antara saya dengan dia,” ujarnya.

Sebelum ini, Shuhada mendedahkan aktor itu culas membayar nafkah buat dua anak mereka.

Nurul Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri berkata Hafidz hanya memberikan wang nafkah sebanyak RM100 untuk setiap seorang anak mereka.

hafidz roshdi 2

Hak penjagaan penuh anak-anak Hafidz dan Shuhada masih belum diputuskan.

Malah ibu bapa Shuhada turut terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya membeli keperluan anak-anaknya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai pada 22 Februari lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain