suria

[V] Lan Solo dan Syura serah kepada peguam, sedia turun naik mahkamah kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap 5 sekawan

Lan Solo, Syura ketika menghadiri hari kedua perbicaraan di Mahkamah Tinggi, KL.

PENYANYI Lan Solo dan Syura sudah bersedia untuk turun naik mahkamah berdepan perbicaraan panjang kes saman fitnah difailkan oleh Siti Nordiana

Kata Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 38, dia akan memberikan kerjasama yang baik dan mengikut saranan peguam dilantik bagi menguruskan kes berkenaan.

"Kalau itu yang terbaik, saya hanya ikut saranan.

"InsyaAllah kita akan beri kerjasama yang baik dari segi pengurusan masa," kata Lan kepada mStar.

Lan Solo 2

Syura dan Lan bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi, KL.

Lan dan Syura berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri perbicaraan hari kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.

Ditanya adakah kes berkenaan memberi kesan kepada kariernya, Lan enggan mengulas berkenaan perkara itu.

"Yang itu (beri kesan kepada karier) kena tanya peguam saya," tambahnya.

Sementara itu, Syura atau Zuraidah Badron, 37, pula berkata dia hanya mengikut apa sahaja tindakan yang terbaik walaupun memerlukan satu tempoh yang panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kes saman lima sekawan buat emosi Siti Nordiana terganggu, lebih kerap ke masjid cari ketenangan

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus dedah rupanya dah banyak kali 5 sekawan buat ‘live’ sindir Siti Nordiana

"Kita hanya mengikut apa yang terbaik. Kita pun dah ada peguam. Jadi mereka lebih profesional untuk tahu apa yang lebih baik untuk kami.

“Setakat ini, saya ikut sahaja flow. Tiada masalah,” ujarnya.

Untuk rekod, kes yang melibatkan Lan Solo, Syura dan tiga yang lain telah bermula pada 3 Ogos 2021 apabila Siti Nordiana menfailkan saman fitnah terhadap mereka.

Kes tersebut pada awalnya dibicarakan di Mahkamah Sesyen namun telah dipindah dan dimulakan semula di Mahkamah Tinggi atas arahan hakim.

Kita hanya mengikut apa yang terbaik. Kita pun dah ada peguam, mereka lebih profesional.

SYURA

PENYANYI

Siti Nordiana atau Nana memfailkan saman sebanyak RM2.5 juta itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Lan Solo 3

Lan dan Syura antara lima individu yang disaman Siti Nordiana.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain