suria

“Jangan bapa kau sudah tiada baru nak cari!” - Bertahun tak balik rumah, Yusof Haslam bimbang Syamsul menyesal

Yusof mendedahkan Syamsul sudah bertahun tidak pulang ke rumah.

PENERBIT dan pengarah Datuk Yusof Haslam tidak mahu anak lelakinya iaitu Syamsul Yusof berasa menyesal jika tidak sempat bertemu dengannya susulan sudah bertahun tidak balik ke rumah menjenguk mereka.

Yusof, 69, berkata, sebagai bapa dia percaya pengarah tersohor itu akan berasa lebih tenang dan gembira sekiranya memilih melupakan sengketa dan berbaik dengan keluarga.

Malah kata Yusof, dia dan isteri, Datin Patimah Ismail sentiasa mendoakan Syamsul dan tidak menyimpan dendam terhadap anaknya itu.

"Kami sudah nak menjangkau usia 70 tahun pada tahun depan... Ramai rakan seperjuangan saya sudah pergi. Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapa kau sudah tak ada, baru nak cari!

yusof

Yusof tidak dapat menahan sebak bercerita mengenai sikap Syamsul.

"Jangan anggap apa yang ibu bapa luah itu untuk merendahkan kamu. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik.

"Papa rasa jiwa kamu akan lagi tenang kalau kamu berbaik dengan ibu (terutamanya) dan keluarga. Wang bukan segala-galanya. Dalam solat kami sentiasa mendoakan yang terbaik," katanya.

Yusof berkongsi perasaannya itu menerusi temu bual program Melodi yang disiarkan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam muncul dalam Sepahtu Reunion, beri amaran jangan ‘try’ Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Takkan saya nak kejar orang punya”... Puteri Sarah jawab spekulasi foto tangan lelaki, selesa berkawan aktor Indonesia

Dalam pada itu, Yusof berkata, meskipun merindui Syamsul namun dia dan isteri sudah reda dengan sikap pengarah itu yang tidak mahu berjumpa dengan mereka lagi.

Meskipun sudah bertahun Syamsul tidak pulang ke rumah namun perasaan rindu untuk bertemu dengan anak lelakinya itu sentiasa menebal.

"Mestilah rindu, kita sayang anak kita, kan? Tiada istilah benci anak sendiri tapi saya sudah letih dengan semua ini,. Jiwa saya dan isteri sudah tenang dan terima semua yang berlaku ini.

Syamsul

Yusof tetap mendoakan kejayaan Syamsul.

"Saya doakan agar filem-filem Syamsul mendapat sambutan baik. Papa tetap akan menyokong kamu," katanya.

Sementara itu, Yusof memberitahu kali terakhir dia bercakap dengan Syamsul menerusi telefon sekitar setahun yang lalu.

Ceritanya, Patimah menghubungi Syamsul bagi memaklumkan tentang neneknya yang sakit dan dapat berbual seketika dengan anak lelakinya itu.

1233

Patimah dan Yusof reda jika Syamsul tidak mahu lagi pulang menjenguk mereka.

"Saya pun tak ingat bila, seingat saya tahun lepas masa mak mentua saya sakit. Ibunya ada hubungi dia, masa itu saya ada berbual sekejap.

"Tapi sebelum itu, dah bertahun dia tak balik. Tak apa saya tak marah, tak anggap bukan-bukan," katanya.

Yusof berkata, mungkin ada perkara membuatkan Syamsul tidak berpuas hati dengan mereka dan memberinya ruang selain terpulang sam ada mahu balik atau sebaliknya.

"Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain