suria

“Demi Allah, al-Quran dan Rasul...” - Da'i Syed minta maaf lukis darah pada wajah isteri, tiada sekelumit niat persenda isu Palestin

Ramai salah faham dengan perkongsian Syed dan isteri.

PENDAKWAH selebriti Da'i Syed tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dituduh tidak sensitif terhadap isu melanda bumi Palestin ketika ini.

Syed atau Syed Shah Iqmal Mohammad Shaiful Jamalullail, 28, menjelaskan tujuannya melukis 'darah' menggunakan gincu merah pada wajah isterinya hanya sebagai tanda memperingati dan memberi sokongan kepada mangsa.

Jelas Syed, tiada sekelumit niat dia mahu memperlekeh atau mempersenda keadaan yang menimpa umat Islam di bumi bergolak itu.

syed 2

Video Syed dan isteri dikecam ramai.

"Mungkin disebabkan saya ada ambil lipmatte berwarna merah ini dan melukiskan sedikit di pipi Hana kemudian saya conteng sedikit sebagai darah sambil berkata ini barulah Palestin.

"Demi Allah, demi al-Quran, demi Rasul saya tiada langsung menghina rakyat Palestin. Memang ada orang tunjuk solidariti dengan melukis wajahnya... Mereka conteng wajah berwarna Palestin dan ada buat darah sikit.

"Saya tiada pun macam menghina dan sebagainya... Demi Allah! Saya ingin jelaskan, tiada niat pun. Untuk apa saya buat untuk hina?," soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima ratusan ugutan bunuh, nyawa keluarga dalam bahaya... Bella Hadid tak berganjak sokongan terhadap Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan solidariti Palestin hanya berunsur politik, Mona Allen cadang adakan solat hajat di semua masjid

Syed menjelaskan perkara itu melalui siaran langsung di TikToknya yang dimuat naik semula oleh peminat pada Jumaat.

Syed beranggapan perbuatannya itu adalah normal seperti orang lain yang turut mencontengkan muka mereka dengan bendera Palestin.

Tambahnya, sebagai tanda bersimpati dan memberi sokongan kepada rakyat di negara itu, dia sempat mengimbas kembali kenangan ketika menyampaikan bantuan kemanusiaan di negara Timur Tengah.

syed 3

Syed jelaskan dia tiada niat menghina.

"Tahun 2019, saya pergi ke Syria, saya buat bantuan kemanusiaan. Saya juga pernah pergi ke Palestin," ujarnya.

"Sekali lagi, saya minta maaf. Saya tidak berniat untuk hina. Saya beranggapan yang itu darah seperti mana orang selalu lukis wajahnya bendera Palestin. Cumanya mungkin tafsiran orang berlainan," katanya.

Sebelum ini tindakan Syed berseloroh menggunakan gincu merah sebagai tanda darah Palestin itu mendapat respon negatif warganet.

Rata-rata netizen menyatakan perasaan kurang senang melihat kelakuan yang dianggap tidak sensitif terhadap isu peperangan yang sedang melanda Palestin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain