suria

Kali ini Shila Amzah pilih lepas tangan, tak mahu campur urusan pindah rumah adik-beradik

Shila mengambil pendekatan berdiam dan enggan campur urusan perpindahan keluarga.

PENYANYI Shila Amzah memilih untuk tidak masuk campur urusan perpindahan keluar adik-beradiknya daripada rumah miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Memandangkan kemelut membabitkan keluarganya itu sudah menjadi bualan hangat, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, berkata dia lebih selesa untuk berdiam diri dan sekadar melihat daripada jauh.

Malah dia difahamkan keluarganya itu mencari kediaman baharu tanpa pengetahuan dirinya.

shila amzah 2

Shila juga maklumkan ramai pembeli yang mula bertanyakan tentang rumah berkenaan.

"Kali ini saya tidak uruskan, mereka pilih sendiri. Saya tidak uruskan sebab masalah ini sudah terlalu besar, jadi saya ambil langkah berdiam diri.

"Saya lepas tangan. Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong... tengoklah bagaimana," katanya.

Shila mengulas perkara tersebut ketika menjawab soalan peminat semasa sesi siaran langsung di laman Instagram pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah beri tempoh sampai Jumaat, desak kekasih adik keluar dari banglo miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Shila Amzah dah terbang ke China, urusan kerja tergendala sebab fitnah

Menerusi komen yang ditinggalkan netizen bertanya adakah keluarga Shila berpindah ke rumah yang telah disediakan.

Sementara itu, penyanyi lagu Masih Aku Cinta ini memberitahu hasrat untuk untuk menjual rumah tersebut masih diteruskan dan menunggu ia dikosongkan agar mudah untuk urusan berkenaan.

"Sudah ramai tanya nak beli rumah itu. Tapi biarlah tunggu kosong dahulu, sekarang masih ada orang dalam rumah itu.

shila amzah 1

Syafiq (kiri) sebelum ini mendakwa dia seperti dihalau dari rumah sendiri.

"Apabila sudah kosong barulah senang untuk orang datang tengok.

"Setahu saya mereka sudah tiada di rumah itu, tapi tak tahu secara rasmi sudah pindah atau belum," ujarnya.

Kemelut keluarga Shila sebelum ini hangat diperkatakan apabila dia bertindak menjual banglo miliknya yang juga menjadi kediaman keluarga.

Dua orang adik Shila iaitu Syahir dan Syada mendakwa tindakan itu dibuat tanpa pengetahuan mereka dan merasa seolah-olah dihalau dari rumah sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain