suria

Mahkamah Tinggi ketepi ganti rugi RM200,000... Amelia perlu bayar RM10,000 berserta faedah kepada A. Aida

Mahkamah mengetepikan keputusan yang memerintahkan Amelia membayar RM200,000.

PELAKON Amelia Henderson berjaya mengetepikan perintah membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd membabitkan isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Jumaat selepas meneliti semua rekod dan hujah kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun Wai Hong memerintahkan Amelia, 28, membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari kepada syarikat produksi tersebut bermula Jumaat.

Ameliaa

Amelia diarah bayar RM10,000 pada produksi A Aida.

Amelia juga perlu membayar faedah lima peratus kepada A. Aida Production.

Menerusi prosiding dalam talian itu, Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur manakala Ashmadi Othman bertindak sebagai peguam produksi berkenaan.

Sebelum ini Amelia atau Amelia Thripura Henderson memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada syarikat produksi milik Datuk A. Aida itu pada 18 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ada ruang selesai secara baik, keputusan rayuan Amelia Henderson bayar ganti rugi kepada A. Aida diketahui Jumaat ini

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amelia Henderson enggan minta maaf seperti dituntut A. Aida

Ganti rugi tersebut merupakan tuntutan saman yang dibuat oleh A. Aida susulan kegagalan pelakon itu mematuhi kontrak penglibatan dalam drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Amelia kemudian membuat rayuan penangguhan bayaran selain permohonan maaf terhadap A. Aida.

Dalam perbicaraan sebelum ini Amelia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melanggar kontrak berkenaan.

Kes ini turut melibatkan pelakon Idris Khan namun ia berjaya diselesaikan secara baik di luar mahkamah bersama A. Aida.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain