suria

Dituduh tinggalkan Bad Indigo ketika susah, Ashira minta jangan buat fitnah - “Doakan arwah lebih elok daripada buka cerita lama”

Ashira meminta orang ramai mendoakan Bad daripada mengungkit kisah silam mereka.

PENYANYI Ashira meluahkan rasa terkilan apabila segelintir pihak menyalahkan dia atas pemergian bekas suaminya iaitu Allahyarham Bad Indigo pada Khamis lalu.

Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 38, menjelaskan dia tidak pernah meninggalkan Bad sebaliknya penceraian mereka adalah kata sepakat bersama.

"Saya tidak tinggalkan dia. Itu adalah kerelaan dan keputusan bersama. Awak duduk dengan kami ke?

"Awak pasti tuduhan ini benar?," katanya menerusi Instastory miliknya pada Sabtu.

Ash

Ashira memuat naik perbualan dengan seorang individu yang menuduhnya tinggalkan Bad.

Ashira membuat penjelasan itu sebagai menjawab tuduhan seorang pengikutnya yang menuduh dia meninggalkan arwah ketika dia dalam keadaan memerlukan seseorang.

Malah individu tersebut mendoakan agar Ashira menerima balasan atas perbuatannya itu.

Selepas saling berbalas mesej, Ashira memberitahu individu berkenaan menukar nama akaun media sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ashira terkenang tempoh setahun perkahwinan dengan Bad Indigo... arwah kelakar tapi tegas orangnya

ARTIKEL BERKAITAN: Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja

Sementara itu, Ashira ketika dihubungi mStar berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai tindakan individu berkenaan.

Jelasnya dia enggan membuka kisah lama sebaliknya berharap orang ramai mendoakan arwah bekas suaminya itu.

"Saya minta tolong jangan dipanjangkan cerita ini. Arwah baru saja pergi. Saya nak jaga banyak hati.

"Ini bukan mengenai saya. Sepatutnya mendoakan arwah lebih elok dari membuka cerita lama dan menyerang saya.

111

Ashira dan Bad bercerai secara baik.

"Tak faham dengan segelintir manusia yang macam ini. Minta maaf ya saya tak dapat nak komen lanjut," katanya.

Pada Khamis, penyanyi Bad Indigo atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang, Selangor, kira-kira pukul 7 petang.

Untuk rekod, Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 dan mereka mengumumkan perceraian pada Jun 2022.

Bad juga pernah berkahwin sebelum itu dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain