suria

Yusof Haslam tak tahu gosip rumah tangga Syamsul sedang bergolak, bimbang jika salah komen gores hati anak

Yusof tidak tahu tentang isu Syamsul dan Ira bercerai.

PENERBIT Datuk Yusof Haslam mengambil pendekatan enggan memberikan sebarang komen berhubung isu rumah tangga anaknya iaitu Syamsul dan isteri Ira Kazar yang kini dikatakan kembali bergolak.

Kata Yusof, 69, dia enggan mengulas perkara tersebut kerana bimbang akan menggores hati dan perasaan anaknya itu.

"Lebih elok saya tidak komen. Kalau tersalah cakap nanti bimbang nanti dia terasa hati. Jadi saya diamkan sahaja.

yusof haslam 2

Yusof dan Syamsul sudah lama tidak berhubung.

"Saya pun tak boleh nak bercakap banyak dia kahwin lain ke, cerai ke, sebab tidak tahu berita yang diperkatakan sekarang ini sahih atau tidak," katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, rumah tangga Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Ira Kazar kembali menjadi bualan apabila timbul gosip kononnya pengarah itu sudah melafazkan cerai melalui Whatsapp.

Dalam masa sama, Yusof juga memberitahu sukar untuknya mendapatkan sebarang kepastian berhubung perkara itu disebabkan Syamsul sendiri sudah lama tidak bertemu dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan bapa kau sudah tiada baru nak cari!” - Bertahun tak balik rumah, Yusof Haslam bimbang Syamsul menyesal

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul, Puteri Sarah cerai talak satu

"Kami dah lama tidak berhubung. Isteri saya pun tak tahu mereka sudah bercerai atau berpisah.

"Isteri saya pun cakap lebih diam sahaja. Kalau saya bercakap lebih nanti timbul pula salah faham dan orang akan salahkan Syamsul," ujarnya.

Saya pun tak boleh nak bercakap banyak dia kahwin lain ke, cerai ke, sebab tidak tahu berita yang diperkatakan sekarang ini sahih atau tidak

DATUK YUSOF HASLAM

PENERBIT

Sementara itu, Yusof berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu meskipun pernah memberitahu hubungan mereka seakan sudah terputus.

"Sebagai bapa saya sentiasa kebahagiaan anak. Dalam solat sentiasa ada doa untuk dia," luahnya.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatina Kazaruddin, 28, bernikah di Thailand pada 6 Januari lalu.

syamsul yusof 1

Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai pada Jun lalu.

Syamsul juga pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana 8 Mac 2014 namun mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain