suria

[V] JKM datang rumah siasat dakwaan abai anak, bekas isteri minta Hafidz Roshdi jangan zalim

Shuhada nafi dakwaan mengabaikan anak-anak.

BEKAS isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan rumahnya pernah dikunjungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mendapat aduan daripada aktor itu kononnya anak-anak mereka tidak dijaga dengan baik.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berkata sebagai seorang ibu dia menjalankan tanggungjawab dengan begitu dan tidak mungkin mengabaikan dua anaknya iaitu Humairah dan Umar.

"Jangan nak pentingkan diri dan susahkan urusan. Baru-baru ini tiba-tiba JKM datang rumah selepas ada aduan dari pihak sana (Hafidz) kononnya saya abaikan anak. Tak mungkin saya sebagai ibu yang melahirkan anak-anak nak abaikan mereka.

shuhada 1

Shuhada mahu terus pertahankan hak jagaan anak.

"Jangan sebab rasa marah sebelum ini sehingga nak zalimi anak-anak. Mereka rasa trauma apabila ada orang datang rumah ramai-ramai. Proses itu juga memakan masa lama kerana pihak JKM perlu buat siasatan dan ambil gambar.

"Sanggup ke dia nak tengok anak diambil dan duduk dengan JKM," katanya kepada pemberita.

Shuhada di temui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa bagi sebutan hadanah atau hak penjagaan penuh dua orang cahaya mata mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lafaz 22 Februari sah... Hafidz Roshdi dan Shuhada akhirnya cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi derita gangguan bipolar, sudah 3 tahun terima rawatan

Shuhada juga memberitahu dia tidak pernah menghalang Hafidz untuk datang bertemu anak-anak mereka pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, Shuhada turut mendedahkan bekas suaminya itu tidak menjalankan tanggungjawab dalam pemberian nafkah secara baik.

"Kalau dia nak datang jumpa anak boleh berhubung dengan peguam saya. Datang saja bila-bila masa. Kami telah gagal dalam perkahwinan, tetapi janganlah bebankan anak-anak yang tidak bersalah.

Anak-anak selesa dengan saya dan biarkanlah saya terus menjaga mereka

NURUL SHUHADA MAT SHUKRI

"Soal nafkah ada juga dia tidak beri. Berapa kena bayar nafkah, tanyalah dia sendiri. Dia beri nafkah ikut suka dia," ujarnya.

Dalam sebutan kes yang berlangsung itu, Shuhada turut memasukkan nama ibunya sebagai respondan kedua berhubung hak dan tuntutan penjagaan anak.

"Dari dahulu lagi ibu saya memang bantu anak-anak, jadi sekarang ini apabila menjadi ketua dalam keluarga saya perlu keluar bekerja.

shuhada 2

Shuhada tidak halang Hafidz bertemu anak-anak.

"Sebab itu perlu ada nama ibu sebagai penjaga bersama. Saya rasa tidak salah untuk masukkan nama ibu saya.

"Anak-anak selesa dengan saya dan biarkanlah saya terus menjaga mereka," jelasnya.

Sebutan semula kes akan bersambung pada 23 Januari tahun hadapan.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tagga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Pada 27 Julai lalu mahkamah menetapkan lafaz cerai yang dibuat oleh Hafidz pada 22 Februari secara Whatsapp adalah sah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain